Langkah Pastikan Belanja Urusan Negara Tidak Lebih Daripada Hasil - PM Najib

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil beberapa langkah untuk pastikan perbelanjaan mengurus negara tidak melebihi dari hasil negara.

Langkah itu termasuk memastikan lebihan akaun semasa, dan pinjaman digunakan bagi mengembangkan ekonomi serta menambahkan lagi kegiatan ekonomi negara, katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini .

"Kita juga memberi keutamaan kepada pinjaman dalam negeri dan dengan langkah-langkah sedemikian termasuk juga perbelanjaan yang berhemah, cekap dan berkesan, (dan) mementingkan hasilnya. InshaAllah kita dapat menguruskan hutang negara dalam keadaan yang terkawal," katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Doktor Pakar Perlu Periksa Tahap Kesihatan Penghuni RKKC Perak - Chew

BATU GAJAH, 25 Oktober - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meminta doktor pakar supaya membuat pemeriksaan kesihatan ke atas penghuni Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat (RKKC) Perak di sini bagi menentukan bentuk penjagaan sesuai terhadap mereka.

Timbalan Menterinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, langkah tersebut adalah penting untuk mengetahui sama ada tindakan RKKC itu meletakkan penghuni Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental kronik dalam kompartmen sama ada sesuai atau tidak.

"Kalau mereka dibuktikan serius, mungkin ada keperluan mereka dimasukkan dalam kompartmen tetapi hanya pada waktu malam kerana ia tidak terkawal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke RKKC itu di sini hari ini.

Read more...

Enam Terkorban Dalam Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

JOHOR BAHRU, 25 Oktober - Enam pesakit terkorban, manakala seorang lagi selamat dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah di sini.

Pengarah Bomba Johor Othman Abdullah berkata, ketujuh-tujuh pesakit itu merupakan pesakit kritikal yang bergantung kepada bantuan pernafasan di unit itu yang terletak di tingkat dua, bangunan utama hospital itu.

Beliau berkata, kebakaran itu tidak merebak ke tempat lain, dan seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera sedang mengawal kebakaran.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit-pesakit lain sedang dalam proses untuk dihantar ke hospital lain yang berdekatan di sini terutama ke Hospital Sultan Ismail.

Read more...

Kedudukan Hutang Negara Kekal Terurus - PM Najib

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Beliau berkata, tindakan kerajaan Persekutuan berhutang adalah untuk membiayai defisit negara berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan.

"Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan adalah perbelanjaan yang produktif yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan.

Read more...

Operasi Sar Peluncur Layar Jatuh Laut Ditangguhkan - Pengarah Bomba

SEREMBAN, 25 Oktober - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang peluncur layar atau paraglider yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di Pantai Batu 1, Port Dickson tiga hari lepas, ditangguhkan buat sementara waktu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam hari ini berkata, penangguhan itu ekoran tiada penemuan baharu di lokasi di mana mangsa dikatakan terjatuh sepanjang operasi SAR dijalankan, melibatkan pencarian sejauh tiga batu nautika meskipun menggunakan pelbagai kaedah termasuk jaring.

"Lagipun setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenai kehilangan ahli keluarga oleh mana-mana pihak. Pun begitu, kami dalam mood standby di dua balai iaitu Teluk Kemang dan Port Dickson jika menerima apa-apa maklumat selepas ini.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09