Bomba Sambung Siasat Kenal Punca Kebakaran

JOHOR BAHRU, 26 Oktober - Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru hari ini menyambung semula kerja-kerja penyiasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Mohd Rizal Buang berkata kerja-kerja mengumpul sampel dimulakan pada pukul 8 pagi selain merakam percakapan saksi-saksi kejadian.

"Kita masih mengumpul maklumat-maklumat dari lokasi kejadian termasuk mengambil laporan-laporan saksi untuk kita jalankan siasatan.

Read more...

Hospital Sultanak Aminah Sekali lagi Gempar

JOHOR BAHRU, 26 Oktober  - Hospital Sultanah Aminah (HSA) sekali lagi gempar apabila semua kakitangan hospital serta pesakit diarahkan keluar dari Bangunan Induk hospital berkenaan kira-kira 1.45 tengahari.

Wartawan Bernama yang berada di lobi hospital berkenaan menyaksikan dua kakitangan HSA sebelum itu berlari keluar mendapatkan Ibrahim Omar, Timbalan Penguasa Bomba yang juga Ketua Balai Johor Bahru.

Read more...

Kerja-Kerja Pembersihan Di Hospital Sultanah Aminah Mula Dijalankan

JOHOR BAHRU, 26 Oktober  -  Seramai 30 anggota tentera Bridget Ketujuh Infantri Malaysia dari Kem Tentera Terbrau tiba di perkarangan Bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini bagi membantu pihak hospital melakukan kerja-kerja pembersihan bagi wad-wad yang terjejas akibat kebakaran pagi semalam.

Penyelia Jururawat yang bertugas berkata kawasan yang akan dibersihkan adalah wad-wad yang terjejas akibat asap tebal dan pancuran air.

Enam pesakit maut dalam kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi HSA) semalam yang turut mencederakan seorang lagi pesakit dan tiga kakitangan hospital itu.

Kebakaran dipercayai bermula sejurus sebelum 9 pagi di bilik rawatan di ICU terbabit sebelum merebak ke seluruh unit berkenaan yang terletak di tingkat dua.

 

Sumber: Bernama           

Lebih 2,000 Lokasi Diaktifkan Dengan Perkhidmatan 3G Sejak Tahun 2010

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Sebanyak 2,963 lokasi di seluruh negara telah diaktifkan dengan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G sejak tahun 2010.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kerajaan telah membina menara komunikasi baharu dan menaik taraf menara sedia ada melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), bagi penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan liputan 3G.

"Selain itu, tambahan 1,008 lokasi sedang dalam pelaksanaan di seluruh negara dan dijangka siap secara berperingkat sehingga akhir 2017," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Read more...

Tidak Kompromi Dengan Pertubuhan Ancam Keharmonian Masyarakat – TPM

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan pertubuhan yang bergerak atas platform badan bukan kerajaan (NGO) tetapi operasinya menjurus ke arah kegiatan kongsi gelap serta mengancam keharmonian masyarakat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN sentiasa memantau dan mengawal selia semua pertubuhan berdaftar atau tidak berdaftar yang operasinya terjerumus kepada hal yang tidak tercatat dalam pelembagaan pertubuhan berkenaan.

"Ini bertujuan mengelak permasalahan jenayah, perkara-perkara melibatkan ketenteraman awam dan kebencian agama kerana menjadi keutamaan pihak kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat," katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09