Malaysia Manfaat Sepenuhnya Keanggotaan Majlis Keselamatan PBB

KUALA LUMPUR, 26 Oktober -  Malaysia menggunakan secara optimum  keanggotaannya di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengetengahkan prinsip pemeliharaan keamanan dan keselamatan berteraskan kesederhanaan dan rundingan secara damai.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015 hingga 2016, Malaysia telah menduduki Kerusi Presiden Majlis Keselamatan PBB pada Jun 2015 dan Ogos 2016.

"Antara inisiatif yang diketengahkan semasa menjadi presiden adalah debat terbuka mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata selain taklimat terbuka dan dialog interaktif tidak rasmi mengenai pembangunan keamanan," katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) mengenai sumbangan dan pencapaian Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Read more...

Harga Minyak Masak Paket 1kg Kekal RM2.50, Botol Ikut Harga Pasaran

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata kadar itu  berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Katanya penstrukturan semula minyak masak itu dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) dari RM2,341 satu tan pada Januari tahun lepas kepada hampir RM3,000 satu tan sekarang.

Read more...

PM Ucap Terima Kasih Kepada Semua Pihak Terlibat Usaha Selamat di HSA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak dan agensi yang menyumbang tenaga dalam usaha menyelamat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam.

Ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, doktor, jururawat dan kakitangan hospital serta sukarelawan.

Dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini, beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan bagi membantu meningkatkan lagi tahap keselamatan di hospital kerajaan.

Read more...

Taman Tema Air Bukit Merah dibuka Semula Hari Ini

TAIPING, 26 Oktober - Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibuka semula hari ini setelah ditutup sejak 28 Sept lalu berikutan kes jangkitan gastroentritis akut (AGE) dan Rotavirus.

Pengurus Besar BMLR Kamal Hussein berkata pihaknya telah melakukan pelbagai kerja pembersihan, penambahbaikan paip dan sistem penapisan di semua kolam sepanjang penutupan operasi.

Katanya semua kolam di taman tema resort itu telah diganti dengan air baharu dan pihak pengurusan turut menambah baik sistem penapisan serta penyelaras pam.

Read more...

Audit Kesiagaan Kebakaran Akan Dilaksana di Semua Hospital Kerajaan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober  -  Kementerian Kesihatan akan menjalankan pengauditan kesiapsiagaan kebakaran di semua hospital di bawah kementerian itu secara berperingkat, bermula dengan hospital lama.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah tambahan itu penting untuk mengelak kejadian kebakaran seperti insiden di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam berulang.

Beliau berkata kementerian bersama-sama agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya dan pihak perunding sememangnya memberi keutamaan yang tinggi kepada aspek keselamatan di samping memastikan ia dapat berfungsi mengikut keperluan perkhidmatan.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09