Cadangan Tingkat Had Tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Dipertimbang

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Cadangan meningkatkan jumlah had tuntutan di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) daripada jumlah sedia ada iaitu RM50,000 akan dipertimbangkan bagi mengambil kira kadar harga rumah yang tinggi pada masa ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata sebarang polisi atau dasar yang dijalankan kerajaan boleh diubah mengikut kehendak dan kesesuaian semasa.

"Kami (kementerian) memang sedang mengkaji untuk menambahkan lagi tuntutan yang boleh dituntut di bawah tribunal ini, RM50,000 memang tidak sesuai dengan harga rumah yang meningkat kini," katanya menjawab soalan tambahan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Read more...

Cadangan Ganti UPSR kepada PBS di Peringkat Akhir

KUALA NERANG, 27 Oktober - Cadangan untuk menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) kini berada di peringkat akhir kajian.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya kini giat mengumpul pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan termasuk guru dan ibu bapa sebelum ia dilaksanakan.

"Apabila sampai masanya kita akan putuskan apakah kaedah PBS yang lebih sesuai untuk pelajar sebab di negara maju peperiksaan hanya untuk tingkatan tertinggi di sesebuah sekolah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan masjid baru kariah Pulau Kijang Kuala Nerang di sini hari ini.

Semangat Sukarelawan Rakyat Malaysia Bantu Ringankan Beban Semasa Musibah

JOHOR BAHRU, 27 Oktober - Sikap tolong-menolong dan saling membantu dapat meringankan beban apabila sesuatu musibah menimpa rakyat negara, menjadi satu nilai murni yang terus menjadi kekuatan masyarakat majmuk Malaysia.

Ketua Misi Sukarelawan Darul Takzim Mohd Shafie Salam berkata, keprihatinan pelbagai pihak jelas terpancar apabila ramai yang tampil menghulurkan bantuan termasuk menjadi sukarelawan susulan kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Selasa lalu.

"Kami menerima pelbagai bantuan selain makanan dan minuman daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan badan kerajaan selain tenaga sukarelawan melebihi 200 orang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di HSA, di sini.

Read more...

Kebakaran HSA: KKM Tidak Akan Gantung Khidmat Medivest

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Syarikat Medivest Sdn Bhd, yang bertanggungjawab dalam menyelenggara bangunan hospital, hanya boleh dikenakan tindakan penati jika didapati bertanggungjawab dalam kebakaran Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru pada Selasa lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tindakan itu hanya boleh diambil jika siasatan Jawatankuasa Siasatan Bebas mendapati syarikat berkenaan bertanggungjawab dalam insiden itu yang menyebabkan enam pesakit terkorban.

"(Perkhidmatan) Medivest tidak boleh digantung kerana syarikat itu telah menandatangani kontrak perkhidmatan kesihatan pada tahun lepas bagi tempoh 10 tahun. Jika digantung, ini akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan ke 22 hospital di bawah seliaan syarikat itu," katanya menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mengenai sama sda syarikat itu akan digantung atau tidak pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bot Tunda dan Baj Bawa Minyak Sawit Dirompak 62 Batu Nautika Dari Bintulu

KUCHING, 27 Oktober - Sebuah bot tunda dan baj yang membawa muatan 2,499 tan minyak kelapa sawit bernilai RM14.99 juta dirompak ketika sedang dalam perjalanan dari Tawau, Sabah, menuju Pelabuhan Klang, sekitar 62 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu, kira-kira 8.30 malam, Selasa lalu.

Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bagaimanapun bot tunda Ever Ocean Silk dan baj Ever Giant itu ditemukan pada 3.24 petang semalam oleh kapal maritim APMM, KM Jepak kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09