Najib Solat Jumaat di Masjid Tertua Beijing

BEIJING, 4 November - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan solat Jumaat di sebuah daripada majlis terkenal dan tertua di Beijing, Masjid Dongzhimen.

Najib, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke China sejak Isnin lepas, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada imam masjid itu, Wang Chong-en, selepas solat.

Menurut laporan, masjid itu asalnya dibina semasa Dinasti Yuan (1271-1368), bagaimanapun bangunan yang ada sekarang dibina pada akhir Dinasti Qing (1644-1911) sebelum dibina semula dan dipindahkan ke Dongzhimenwai, Daerah Dongcheng.

               

Sumber : BERNAMA

KPDNKK Cari Kaedah Terbaik Laksana Mekanisme Penetapan Harga Minyak Masak

PUTRAJAYA, 4 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang dalam peringkat mengenal pasti kaedah terbaik untuk melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak masak, kata Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong.

Beliau berkata, buat masa kini terdapat Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang boleh digunakan bagi mengawal harga.

"Walaupun minyak dalam botol adalah mengikut harga pasaran, tetapi sebenarnya kita ada akta yang boleh mengawal harga," katanya mengulas cadangan badan bukan kerajaan untuk mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

Read more...

Malaysia Kutuk Serangan ke Atas Arab Saudi

PUTRAJAYA, 4 November - Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Arab Saudi, dan berharap pihak bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata serangan itu merupakan pencabulan yang jelas terhadap kedaulatan kerajaan Arab Saudi dan merupakan ancaman yang besar kepada keamanan dan keselamatan serantau serta global.

"Malaysia berdiri teguh atas solidaritinya dengan Arab Saudi, dalam keazamannya untuk memelihara keamanan dan kestabilan kerajaan Arab Saudi," menurut kenyataan itu.

Pada 27 Oktober, puak pelampau Houthi di Yaman melepaskan peluru berpandu balistik dikenali sebagai Burkan-1 ke arah Kota Suci, Makkah, bagaimanapun peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh angkatan tentera darat Arab Saudi, pada jarak 65 kilometer sebelum memasuki kota suci itu.

Read more...

PDRM Lancar NUR Alert di Facebook

KUALA LUMPUR, 4 November - Polis Diraja Malaysia melancarkan sistem National Urgent Response Alert (NUR Alert) di laman sosial Facebook bagi menyebarkan maklumat berkaitan kanak-kanak hilang di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, melalui sistem itu, maklumat kanak-kanak hilang akan disalurkan kepada pengguna media sosial berkenaan melalui suapan berita (News Feed).

"Dengan 19 juta pengguna berdaftar Facebook di Malaysia, maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan cara ini lebih efisyen untuk mengesan kanak-kanak hilang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

 

Sumber : BERNAMA

Najib Ucap Tahniah Kepada Xi Jinping

BEIJING, 4 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping kerana dinaikkan kedudukan oleh Parti Komunis China sebagai pemimpin utama parti itu.

Perdana menteri, dalam ucapannya pada mesyuarat delegasi Malaysia bersama Xi di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, berkata beliau percaya di bawah pimpinan Xi, ia akan melonjakan China ke hadapan dan memenuhi impian rakyatnya.

Dalam menyatakan penghargaan atas layanan mesra dan resepsi oleh kerajaan China kepada delegasi Malaysia, , Datuk Seri Najib menyifatkan lawatan rasminya ke negara itu telah menempa kejayaan yang amat besar.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09