Tentera Mesir Guling Presiden Morsi

KAHERAH, 4 Julai - Presiden Mohamed Morsi digulingkan angkatan tentera Mesir lewat semalam ketika berjuta-juta penunjuk perasaan membanjiri jalan raya menuntut pemimpin daripada parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun memerintah.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi melalui televisyen sambil disambut dengan sorakan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari. Sisi turut mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan selain bakal mengadakan pilihan raya bagi jawatan presiden dalam masa terdekat. Ketegangan yang berlarutan selama seminggu itu mengakibatkan 50 orang maut. (AFP)

Pelaburan Malaysia di London Meningkat

LONDON, 4 Julai - Pelaburan Malaysia di United Kingdom (UK) menunjukkan peningkatan apabila syarikat-syarikat negara, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, membuat pelaburan dalam hartanah selain membeli bangunan di London.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pelabur kedua terbesar di London akan menjadi peserta utama dalam pembangunan hartanah di bandar raya metropolitan itu.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09