AES Akan Kekal Hingga Perbincangan Pelbagai Sudut Selesai

KUALA LUMPUR, 20 Ogos - Status Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kekal sehingga perbincangan dari pelbagai sudut mengenainya selesai. Menurut pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan membuat keputusan drastik sehingga memikirkan semua sudut. Ia melibatkan pucuk pimpinan dan agensi-agensi lain, termasuk pihak kewangan, Bank Negara. Ia juga dilaksanakan secara inklusif dan telus agar semua orang memahami matlamat dan selamat di jalan raya.

Read more...

278 Mati Selepas Pertempuran di Mesir

KAHERAH, 15 Ogos - Polis rusuhan yang disokong oleh kereta kebal, jentolak dan helikopter menyuraikan dua perkhemahan penyokong bekas Presiden Muhammed Morsi, dalam pertempuran jalanan di Kaherah dan bandar-bandar Mesir yang lain dan sekurang-kurangnya 278 orang terbunuh di seluruh negara.

Naib Presiden Mohamed ElBaradei, dan pemimpin pro-pembaharuan dalam kerajaan sementara, meletak jawatan sebagai protes atas serangan-serangan ini. Ia adalah hari kematian tertinggi sejak pemberontakan 18 hari yang menggulingkan Hosni Mubarak autocrat pada tahun 2011.

Read more...

KPN Jamin PDRM Pertingkat Penguatkuasaan Atasi Jenayah Berat

PETALING JAYA, 31 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkat penguatkuasaan keselamatan, terutama bagi mengatasi jenayah berat yang berleluasa melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api.

Beliau berkata, PDRM berharap langkah itu dapat membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan keamanan di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat siri 3/2013 di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, semalam.

Read more...

Kemenangan BN di Kuala Besut Penting Untuk Kestabilan Terengganu

KUALA BESUT, 12 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Beliau berkata, bagi memastikan keadaan stabil dikekalkan, BN mempertaruhkan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman kerana yakin dengan ketokohan dan latar belakang yang dimiliki jurutera itu mampu menarik sokongan pengundi untuk kekal memilih BN sebagaimana pilihan raya umum yang lalu.

Read more...

Kukuhkan Perpaduan Ummah Dan Persaudaraan Sesama Islam

KUALA LUMPUR, 9 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh umat Islam agar mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ummah agar Islam sentiasa disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh umat manusia.

Tan Sri Muhyiddin berkata, simbol perpaduan ummah sejagat itu lebih terserlah apabila umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira batas sempadan bangsa dan negara, bahasa dan budaya sama-sama menyambut kehadiran bulan Ramadan esok dengan menjalani ibadah puasa dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09