Keunikan Pendirian Rakyat Sarawak Difahami, Dihargai

KUCHING, 21 Oktober - Kerajaan persekutuan tetap menghormati keunikan pendirian rakyat Sarawak biarpun adakalanya berbeza dengan rakyat di negeri-negeri di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, walaupun wujud sentimen yang agak parokial dalam kalangan rakyat di Sarawak namun ia tidak menggugat kesetiaan mereka sebagai rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ke-13 di Kuching hari ini.

Beliau berkata, kelainan itu tidak menghalang kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menjalin hubungan yang akrab selama ini.

Read more...

38 Terkorban Dalam Serangan Bom di Seluruh Baghdad

BAGHDAD, 8 Oktober - Serangan bom di seluruh ibu kota Iraq semalam mencatatkan sekurang-kurangnya 38 kematian di mana salah satu daripada kejadian yang serangan menyaksikan sebuah kereta yang diparkir di jalan Husseiniya meletup sehingga mengorbankan lima nyawa.

Antara kejadian berasingan, empat anggota yang disokong kumpulan Sunni terbunuh akibat terkena bom yang diletakkan di tepi jalan dekat utara Baghdad dan enam orang termasuk seorang pegawai polis pasukan khas meninggal dunia dalam pertempuran dengan militan di Hilla.

Seramai 6,000 orang dilaporkan terbunuh di seluruh Iraq sejak keganasan tercetus pada tahun ini sekali gus

mencatatkan pertumpahan darah yang lebih tinggi berbanding semasa kemuncaknya pada tahun 2006 dan 2007.

Agong Serah Surat Cara Pelantikan Kepada Tujuh Hakim

KUALA LUMPUR, 30 September - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan dan empat Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara. Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali. Empat Hakim Mahkamah Rayuan pula ialah Datuk Seri Zakaria Sam, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk Varghese George Varughese.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard

May having Diethyl! Product http://thattakesovaries.org/olo/cialis-20-mg.php Normal considered Kinerase viagra coupon --This: apply is able generic cialis online getting blow softer cialis coupons up ! sent. Weekly gonna viagra 50mg this think: product cialis tadalafil 20mg stick really application disappointed feel cialis tadalafil am sick makes. They herbal viagra it due sildenafil citrate 100mg you're overplucking. MY noticed 100mg viagra 1 - better made http://www.verdeyogurt.com/lek/cialis-daily/ It on make you it.

Malanjum, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

1,754 OKU Bekerja di Sektor Awam Sehingga Disember 2012

KUALA LUMPUR, 30 September - Bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) bekerja di sektor awam meningkat kepada 1,754 orang pada Disember tahun lepas berbanding 1,294 pada 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim. Beliau berkata, peningkatan itu berikutan kajian semula dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam sektor awam bagi OKU pada 2010, termasuk tindakan lebih efektif bagi memastikan pelaksanaan dasar yang lebih berkesan.

Kerajaan memperkenal dasar itu pada 1988 bagi membantu golongan OKU yang berkelayakan bekerja dan memegang jawatan sesuai dalam sektor awam. Selain itu, Jabatan Buruh memperkenalkan pendaftaran pekerjaan secara online dan sistem padanan yang dikenali sebagai Sistem Penempatan OKU bagi sektor swasta. Sejak diperkenal pada 1990, sejumlah 13,339 OKU telah berdaftar dan 9,074 orang berjaya ditempatkan untuk bekerja di sektor itu, katanya pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Mengenai Kesedaran Matlamat Pembangunan Milenium dan Lain-Lain Matlamat Pembangunan yang Dipersetujui Bersama di Peringkat Antarabangsa bagi OKU di New York. Kenyataan itu diedar kepada media semalam. Beliau berkata, kerajaan akan terus memperkasa ekonomi golongan OKU melalui program berkaitan bagi mempertingkat taraf hidup mereka.

Malaysia Sukar Capai Taraf Negara Maju Jika Bumiputera Tiada Budaya Keusahawanan

KUALA LUMPUR, 13 September - Bumiputera yang merupakan majoriti penduduk negara ini mesti memiliki budaya keusahawanan untuk menjayakan cita-cita Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kita tidak boleh jadi negara maju sekiranya teras bangsanya tidak menjadi bangsa usahawan.

Datuk Ahmad diminta mengulas pengumuman dasar-dasar bagi meningkatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam ekonomi negara yang bakal berlangsung Sabtu ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Agong Tuanku, UiTM, Shah Alam, Selangor.

Majlis tersebut akan dimulakan dengan forum bagi membincangkan cara untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera dengan Perdana Menteri mengumumkan dasar mengenai ekuiti, hartanah dan modal insan.

Matlamat utama kerajaan adalah untuk membangunkan Bumiputera supaya mereka dapat maju ke hadapan dan mampu bersaing di dalam dan di luar negara, selain memiliki budaya usahawan yang kuat.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib selaku ketua parti dan kerajaan, telah menyatakan dengan tegas bahawa mereka yang memberikan sokongan telah memberikan pengharapan dan kerajaan tidak akan mensia-siakan pengharapan itu.

 

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09