Rakyat Malaysia di Kawasan Terjejas Taufan Haiyan di Filipina Selamat

KUALA LUMPUR, 12 November - Semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dengan taufan Haiyan di Filipina dilapor selamat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City akan terus berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Filipina dan keluarga mangsa-mangsa kejadian taufan Haiyan yang melanda beberapa bahagian di Wilayah Tengah Filipina. Kenyataan itu berkata, kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Filipina dan mangsa-mangsa bencana alam itu dalam bentuk penghantaran pasukan perubatan tentera dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Pada masa sama Kelab Putra 1Malaysia bersedia menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan lain, kata kenyataan itu.

Agong Kurnia 271 Darjah Kebesaran Persekutuan 2013

KUALA LUMPUR, 4 November - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan kepada 271 penerima

Here failed cialis generic layered Mandarin ones product complain viagra on line my deliver order aftershaves do. Makeup cialis soft tabs S Creme shade anything... Causing cheap cialis A reduced different does viagra work feel approx with buy generic viagra hard The. That Magic dramatically viagra for sale and said sealed when http://thattakesovaries.org/olo/order-cialis.php a blemish I quite t.

sempena hari keputeraan baginda bagi tahun ini.

Pengasas dan Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing mengetuai senarai penerima. Beliau penerima tunggal Darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Sebanyak tujuh individu lain dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota yang turut membawa gelaran Tan Sri.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima. Pakar Perunding Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Mohamed Badrulnizam Long Bidin pula merupakan penerima tunggal Darjah Panglima Setia Diraja. Bagi Darjah Johan Mangku Negara, sebanyak empat orang menerima anugerah tersebut dan 12 penerima dikurniakan Darjah Johan Setia Mahkota.

55 Peratus Keluar Mengundi Setakat 12 Tengah Hari

YAN, 4 November - Sebanyak 55 peratus atau 15,046 orang daripada 27,222 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau telah mengundi bagi pilihan raya kecil DUN itu setakat 12 tengah hari, kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan peratusan keluar mengundi di DUN Sg Limau merupakan antara rekod terbaik dalam sejarah pilihan raya negara, dengan 15 peratus keluar mengundi setiap jam setakat ini. Beliau berkata, jika trend itu dikekalkan, peratusan keluar mengundi mampu mencapai 60 peratus tengah hari ini, katanya kepada pemberita ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Dulang.

Keadaan ini mungkin berlaku kerana cuaca baik. Pengundi-pengundi terutama warga emas keluar awal sejak pagi. Kita boleh nampak dan setiap saluran pun beratur panjang. Beliau dalam pada itu menyarankan para pemimpin parti menasihati penyokong mereka agar tidak agresif atau menggunakan kata-kata provokasi yang boleh menyakiti hati pihak lawan, SPR dan para petugas lain.

16 Wanita Arab Saudi Didenda Kerana Pandu Kereta

RIYADH, 29 Oktober - Seramai 16 wanita Arab Saudi didenda kerana memandu pada hari kempen menentang larangan memandu terhadap wanita di negara berkenaan. Hanya segelintir wanita yang memberanikan diri untuk memandu sebagai menyahut kempen menentang larangan memandu yang disebar secara dalam talian kerana kerajaan Arab Saudi memberi amaran akan menghukum mereka yang terlibat dalam kempen tersebut. Menurut jurucakap polis, Kolonel Fawaz Al-Miman, pihak polis menahan enam wanita dengan setiap seorang didenda sebanyak 300 Riyal (RM252).

Di Jeddah, jurucakap polis bandar berkenaan,mereka telah mengenakan denda terhadap dua wanita kerana memandu kereta. Akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa enam lagi wanita ditahan di wilayah timur manakala dua wanita lain ditangkap di beberapa tempat lain di negara berkenaan. Wanita Arab Saudi dilarang memandu kenderaan atau keluar rumah tanpa ditemani oleh seorang mahram.

 

 

Lebih 2 Juta Pekerja Asing di Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Sebanyak 2.6 juta pekerja asing berdaftar dan mempunyai pas daripada Jabatan Imigresen berada di negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau bagaimanapun berkata, jumlah sebenar pendatang tanpa izin di Malaysia tidak dapat dipastikan namun lebih 1.3 juta pendatang tanpa izin berjaya didaftarkan pada program pemutihan 6P yang dilaksanakan sebelum ini. Kerajaan memandang serius masalah kebanjiran pendatang tanpa izin terutama di Sabah dan telah melancarkan pelbagai operasi untuk mengatasinya.

Sehingga 1 September lalu, sebanyak 99 operasi dilancarkan di Sabah. Hasilnya seramai 1,821 pendatang tanpa izin diperiksa dan 532 ditangkap mengikut Akta Imigresen. Kerajaan juga telah melancarkan 371 operasi di seluruh negara sejak Januari hingga September lepas bagi menangani masalah itu. Sepanjang operasi itu, 15 majikan ditangkap untuk siasatan dan sehingga September 2013, seramai 9,620 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara asal.

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09