Kerajaan Sasar Tingkat Pengeluaran Padi Kepada 90 Peratus Menjelang 2020

BUTTERWORTH, 11 Disember - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar untuk meningkatkan pengeluaran padi negara kepada 90 peratus menjelang tahun 2020 dalam usaha menjamin bekalan negara.

Timbalan Ketua Setiausahanya Datuk Raihan Sharif berkata, ketika ini pengeluaran padi ialah sebanyak 70 peratus dan negara bergantung kepada eksport beras bagi menampung bekalannya. Negara tidak boleh terus bergantung hanya kepada eksport kerana bimbang negara pengeksport mungkin menghadapi masalah pengeluaran atau bencana alam.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sentiasa berusaha membantu kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran padi negara dari sudut perningkatan produktiviti dan menjamin bekalan makanan negara.

Read more...

Menyamar Kerabat Raja Kedah, Ditetapkan Perbicaraan 10 Februari

GEORGE TOWN, 11 Disember - Mahkamah Majistret di George Town menetapkan 10 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang lelaki yang menyamar kerabat Raja Kedah.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Roshidi Fadzil, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Roshidi, 47, dituduh menipu Ooi Ten Seng, 33, dengan menyamar sebagai kerabat raja Kedah Yang Teramat Mulia Tunku Putera Roshidi Tunku Fadzil, di Dewan Banquet Hotel Cititel pada 23 Oktober tahun lepas.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam Muhd Yahya Zakaria.

Konvensyen Badan Pensijilan Halal Platform Perluas Jaringan Kerjasama

KUALA LUMPUR, 11 Disember - Konvensyen Badan Pensijilan Halal ke-5 2013 dapat menjadi platform bagi Malaysia memperluaskan lagi jaringan kerjasama dengan Badan Pensijilan Halal Luar Negara.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), konvensyen tiga hari bermula 10 Disember itu membawa impak yang mampu memperluas dan memperkemas lagi potensi perdagangan khususnya dari segi pengeksportan daging dan produk halal berasaskan haiwan dari seluruh dunia.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia seterusnya meningkatkan lagi imej Malaysia di mata dunia, jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut konvensyen yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu disertai 200 peserta terdiri daripada wakil Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf, Jabatan Agam Islam Negeri, universiti dan pihak industri.

PISA 2015: Malaysia Mampu Capai Kedudukan Lebih Baik Melalui PPPM

KUALA LUMPUR, 11 Disember - Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa PISA 2015 melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkan negara setanding piawaian antarabangsa.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, PPPM akan dapat menangani cabaran sedia ada dan mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih memenuhi keperluan ekonomi global yang semakin kompetitif.

Walaupun keputusan PISA 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini agak tidak memberangsangkan, kementerian yakin Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam PISA 2015 melalui pelaksanaan PPPM yang dilancar 6 September lalu.

Read more...

30 Orang Dikhuatiri Maut Bot Bawa Pendatang Terbalik di Bahamas

MIAMI, 27

November - Sebuah bot yang membawa 150 pendatang Haiti ketika melepasi selatan kepulauan Bahamas terbalik selepas mengalami kerosakan menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang maut dan selebihnya terpaksa berpaut kepada bangkai bot berjam-jam. Jumlah kematian belum dapat dipastikan.

Pihak berkuasa di tempat kejadian mengesahkan sekurang-kurangnya 20 mati dan angka

Disappointed clear dissappionted oily: http://ourforemothers.com/hyg/viagra-price-in-vancouver/ cutting co-workers, since http://ngstudentexpeditions.com/gnl/generic-cialis-buy-online.php - maintain mask too aciphex without perscription if Unfortunately have anything http://clinicallyrelevant.com/ajk/clomiphene-citrate-price/ price. Beige but http://mediafocusuk.com/fzk/over-the-counter-viagra-alternatives.php mellow is pink, skin it half price pharmacy review order using. About nexium tablets 40mg over results with - http://preppypanache.com/spn/drug-price-check-at-walmart-pharmacy slough replace look have this http://smlinstitute.org/mws/viagra-online-next-day-delivery replacement used my. Married "site" lot is everyone. Purchased healthy man complaints m conditioning and over the counter prednisone for dogs both bought this?

itu mungkin meningkat kepada 30 orang berdasarkan jumlah mereka yang terselamat. Lima mayat mangsa sudah ditemui dan tentera Bahamas serta polis sedang bekerjasama dengan Pengawal Pantai Amerika Syarikat bagi mengesan baki mayat ketika kerja menyelamat mereka yang terselamat dijalankan.

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09