PM - Syarikat Jepun Di Malaysia Wajar Fokus Kpd Bidang Teknologi Tinggi

TOKYO, 12 Disember - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan syarikat Jepun di Malaysia pada masa akan datang perlu lebih tertumpu kepada bidang yang dapat meningkatkan rantaian nilai serta berfokuskan teknologi tinggi.

Bercakap pada sidang media bersama rakan sejawatannya, Shinzo Abe, selepas mesyuarat dua hala selama 45 minit di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Jepun (Sori Kantei), Datuk Seri Najib berkata, beliau menyuarakan perkara itu kepada Abe, dengan mengambil kira transformasi yang berlaku di Malaysia pada masa ini serta hakikat bahawa Malaysia kini dianggap sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi.

"Saya menyebut bidang seperti teknologi hijau dan teknologi boleh baharu, pelupusan sisa serta kerjasama dalam PKS (perusahaan kecil dan sederhana)," katanya.

Perdana Menteri tiba pagi Khamis dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun.

Read more...

Keputusan PMR Diumumkan 19 Dis

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.

Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Kepada Umum Akhir Februari

GEORGE TOWN, 12 Disember - Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

Beliau berkata, pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan.

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam. Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

PM Harap Lawatan Kerja Ke Jepun Eratkan Hubungan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lawatan kerja beliau ke Tokyo, Jepun akan mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua buah negara.

Beliau berlepas ke Tokyo malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.

"Sidang ini membawa pengertian yang besar terutamanya dalam memperingati pengukuhan hubungan dua hala bersama Jepun. Besar harapan saya agar lawatan kali ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan baik kedua-dua buah negara," katanya dalam entri terbaharu di laman Facebook beliau.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan persidangan ke-32 Persatuan Ekonimi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca).

Industri Kewangan Islam Dunia Berkembang US$2 Trilion Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 11 Disember - Industri Kewangan Islam global dijangka berkembang kepada US$2 trilion tahun depan berbanding US$1.3 trilion pada masa ini, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat dari negara bukan konservatif, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, penerimaan dunia terhadap kewangan Islam semakin meningkat seperti yang dibuktikan menerusi terbitan sukuk (bon Islam) di negara bukan konservatif seperti United Kingdom (UK). Melihat kerajaan United Kingdom sudah mula menerbitkan sukuk. Ini sesuatu yang mengejutkan kerana  tidak terfikir ia akan berlaku.

Inilah contoh bagaimana  wajar meneroka ke negara asing untuk mempromosi instrumen kewangan Islam dan memastikan produk kewangan Islam sentiasa berkembang," katanya selepas melancarkan majalah "Islamic Banker Asia". Industri kewangan Islam akan terus berkembang berikutan semakin banyak negara menerima sistem kewangan itu sebagai alternatif yang lebih kompeten kepada sistem konvensional.

Industri kewangan Islam pastinya akan berkembang apabila pihak berkuasa kewangan di luar sana memahami betapa stabilnya sistem kewangan Islam.

 

 

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09