Mangsa Banjir Di Pahang Terus Berkurangan

KUANTAN, 16 Disember - Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 3,543 setakat 8 semalam.

Jumlah tertinggi mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan iaitu 2,578 orang daripada 635 keluarga yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan.

Di Kuantan turut menunjukkan pengurangan kepada 640 orang daripada 164 keluarga di tiga pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Maran kini 325 orang daripada 76 keluarga di tiga pusat pemindahan berbanding 403 orang daripada 92 keluarga di empat pusat pemindahan.

 

Cadangan Tubuh Pasukan 'Polis Syariah' Diperhalusi


KUALA LUMPUR, 13 Disember - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan. 

Read more...

Jambatan Taktikal di Kampung Kejir Dijangka Siap Hari Ini

KEMAMAN, 13 Disember  - Jambatan taktikal yang sedang dibina di Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu dijangka siap hari ini, kata Panglima Briged Sempadan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brig Jen Hasagaya Abdullah.

Katanya, jambatan itu yang dibina anggota Tentera Darat dari tujuh Skuadron iaitu Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) serta dibantu1,000 anggota ATM mula dibina semalam bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh Khamis lepas akibat arus deras serta mendapan tanah.

Read more...

Usaha Banteras Fahaman Syiah Perlu Kerjasama Semua Pihak

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha membanteras penularan fahaman syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.

Beliau berkata, jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah. Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas.

Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam, katanya  selepas ditemu bual dalam program 'Ruang Bicara' terbitan BernamaTV.

Datuk Seri Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, terdapat 18 markas syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut. Kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat jika tidak ditangani, katanya sambil menjelaskan penularan fahaman syiah di negara ini masih terkawal.

PM Lancar Pusat Outreach IM4U di Jepun

TOKYO, 13 Disember - Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasminya melancarkan Pusat Outreach iM4U, Jepun dalam satu upacara simbolik di Hotel New Otani semalam.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi iM4U menandatangani plak rasmi pelancaran dan menyampaikan cek bernilai Yen320,000 (kira-kira RM10,000) kepada pusat itu.

Mohd Khairul Qayyum Mohd Katman, Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Jepun (MSAJ) menerima cek itu bagi pihak pusat berkenaan. Menerajui pusat itu ialah MSAJ yang mempunyai lebih 1,200 anggota dari lima divisyen di seluruh Jepun.

Datuk Seri Najib dalam ucapan ringkas di majlis itu berkata, dalam membangunkan negara, ia memerlukan generasi muda yang memiliki nilai kemurnian tinggi dan cara berfikir yang boleh memberi sumbangan besar kepada negara.

 

 

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09