21 Gerabak Tren Kargo Tergelincir, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

IPOH, 28 Oktober - Sebanyak 21 gerabak tren kargo, dua daripadanya lokomotif, tergelincir dari landasan di Kampung Bakap, Batu Gajah awal hari ini.

Ketua Zon Satu Balai Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Khairul Jamil berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 3.43 pagi itu disebabkan kereta api 41 gerabak itu tidak membawa penumpang.

Beliau berkata, tren kargo dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di sini dipercayai kosong kerana mahu mengambil muatan simen.

Read more...

Penyelidik Sejarah Temui Kesan Barangan Peribadi Dipercayai Milik Tentera Jepun

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Sekumpulan penyelidik sejarah tempatan mendakwa menemui kesan barangan peribadi dipercayai milik tentera Jepun sewaktu pesawat yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Pagoh, Johor ketika era perang.

Ketua Penyelidik Kumpulan Sejarah Malaya (MHG), Shaharom Ahmad berkata ia meliputi cermin mata, tali pinggang dan tali payung terjun yang menunjukkan tentera Jepun itu dipercayai tidak sempat terjun keluar sebelum pesawat itu terhempas.

"Kajian dan siasatan awal di kawasan bangkai pesawat menunjukkan ada bukti bahawa kru pesawat tersebut mungkin terkorban. Namun, atas beberapa faktor, mayat tidak dapat ditemui.

Read more...

1,853 Tuntutan Buruh Kerana Majikan Gagal Bayar Gaji Minimum difailkan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober  -  Sejumlah 1,853 tuntutan buruh berhubung kegagalan majikan membayar gaji minimum difailkan setakat 31 Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abu Muttalib berkata pemeriksaan dijalankan Jabatan Tenaga Kerja mendapati 549 kes selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh, manakala selebihnya masih dalam siasatan jabatan berkenaan.

"Sejumlah 112,057 majikan melaksanakan gaji minimum kepada pekerja selepas Perintah Gaji Minimum 2016 dikuatkuasakan pada 1 Julai lepas," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Read more...

Tiada Sambutan Deepavali Negeri Hormati Waris Dan Mangsa Kebakaran HSA

JOHOR BAHRU, 27 Oktober  -  Sambutan Deepavali peringkat negeri Johor tidak akan diadakan bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R. Vidyananthan berkata kerajaan negeri serta masyarakat umumnya masih berdukacita dengan kejadian menyayat hati itu dan mahu sama-sama memberi penghormatan kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan waris dalam kebakaran itu.

Beliau berkata kejadian itu, yang meragut enam nyawa pesakit kritikal di ICU, masih segar di minda masyarakat dan berharap orang ramai dapat bersama-sama memberi penghormatan.

Read more...

100 Ejen Berdaftar Pos Di PP1M Diwujudkan Menjelang 2020

CYBERJAYA, 27 Oktober - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pos Malaysia serta syarikat-syarikat telekomunikasi akan mewujudkan 100 Ejen Berdaftar Pos di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) terpilih di seluruh negara secara berperingkat menjelang 2020.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata projek perintis bagi ejen berdaftar pos itu akan dilaksanakan di lapan buah PI1M iaitu lima di Sabah dan tiga di Sarawak bulan depan.

Lokasi PI1M terlibat ialah Kampung Pandan (Lundu), Niah Suai (Miri), Kampung Jepak (Bintulu) di Sarawak dan Pekan Kinabatangan, Pekan Bingkor Laut (Keningau), Kampung Rampayan Laut (Kota Belud), Sungai Kayu dan Batu Sepi (Sandakan) di Sabah, katanya.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09