Hanya Tinggal 1,073 Mangsa Banjir di Pahang

KUANTAN, 17 Disember - Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,073 orang setakat 8 pagi ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 262 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan.

Jumlah tertinggi mangsa masih direkodkan di daerah Pekan namun berkurangan kepada 995 orang di 11 pusat pemindahan pada sebelah malam.

Di Kuantan, masih kekal dengan hanya tinggal 27 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 51 orang daripada 13 keluarga di tiga pusat pemindahan.

Pengawal Keselamatan Larikan RM250,000 di Subang Jaya

KUALA LUMPUR, 17 Disember - Seorang pengawal keselamatan melarikan wang tunai berjumlah RM250,000 dari van yang dipandunya semasa dua lagi rakannya sedang memindahkan sejumlah wang ke Maybank di Wisma Consplant, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira 9 pagi ketika suspek yang dikenali sebagai Mohd Fahamy Mohammad Ramly, 30 tahun yang sedang menunggu rakan-rakannya melakukan tugas mereka, tiba-tiba melarikan van yang berisi wang tersebut.

Read more...

Kementerian Kewangan Adakan 620 Taklimat Mengenai GST Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 17 Disember - Kementerian Kewangan akan mengadakan 620 taklimat mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di seluruh negara tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kementerian juga telah bersedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan industri berhubung taklimat itu yang dijangka menarik 124,000 peserta.

Bercakap kepada pemberita, Datuk Ahmad berkata, taklimat GST itu akan memberi fokus kepada faedah dan kandungan Belanjawan 2014 serta ekonomi Bumiputera.

Menteri Muda Sarawak Dirompak

KUCHING, 16 Disember - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.

Dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.

Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.

Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau.

Melaka Perkenal Bas Elektrik Mulai Januari 2014

MELAKA, 16 Disember -  Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat berbanding penggunaan bas diesel.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit memandu uji sendiri bas elektrik itu di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini yang turut disertai pegawai kanan kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.

Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.

 

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09