Malaysia Perlu Cergaskan Semula Sains – Najib

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Malaysia perlu mencergaskan semula bidang sains agar mampu menjana idea baharu dan strategi yang dapat menghasilkan kekayaan dan pekerjaan untuk rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan juga turut sedar ia tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, melainkan ia membangunkan dan melestarikan dasar sains dan teknologi yang kukuh.

"Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi untuk pembangunan sains dan teknologi," katanya di Majlis Penganugerahan Fellowship Akademi Sains Malaysia 2013 dan pengumuman 'Top Research Scientists Malaysia' (TRSM) 2013, di sini malam tadi.

Datuk Seri Najib berkata, sains dan teknologi adalah instrumen yang berkuasa dalam perubahan sosial yang kesannya kepada pemodenan bukan sekadar peningkatan teknologi tetapi juga mengubah kehidupan individu, masyarakat dan negara. Isunya, apa juga yang dikemukakan oleh komuniti saintifik mesti pada akhirnya membawa impak positif kepada kehidupan rakyat.

Read more...

Sejarah Awam Perlu Diperkenalkan Untuk Tingkat Perpaduan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Institusi pengajian tinggi disaran memperkenalkan program Pengajian Sejarah Awam bagi melahirkan tenaga terlatih dan berkemahiran untuk mengurus dan menggiatkan aktiviti sejarah di negara ini.

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata, dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia, usaha untuk mengembangkan budaya sejarah yang sihat, berilmiah dan bebas perkauman serta politik perlu ditingkatkan supaya ia dapat mencorakkan hala tuju negara dan memupuk keharmonian antara kaum.

Beliau berkata, sejarah yang beredar dalam masyarakat hendaklah dapat berperanan dalam mencorakkan hala tuju negara supaya ia sentiasa bergerak ke arah pemupukan keharmonian dalam hubungan sosial antara pelbagai kalangan masyarakat.

Read more...

29 Kes Hina Islam, Institusi Diraja Disiasat SKMM

KUALA LUMPUR, 17 Disember - Sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja menerusi laman sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat Jun lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, seorang individu telah disabitkan kesalahan kerana menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi Facebook dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen.

Katanya, SKMM menerima sebanyak 36 aduan berhubung penghinaan terhadap Islam. Penggunaan Facebook, Twitter dan blog tidak boleh dikawal sepenuhnya. Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara.

Read more...

Tiada Cubaan Kumpulan Abu Sayyaf, MNLF Ceroboh Pantai Timur Sabah


LAHAD DATU, 17 Disember - Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek berkata, setakat ini tiada cubaan anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.

Beliau berkata, keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Read more...

Kira-Kira 80 Rumah Papan Musnah Terbakar di Tawau

TAWAU, 17 Disember - Kira-kira 80 buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya hari ini.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.05 pagi dan tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bersama 30 anggota.

Pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadam api disebabkan keadaan rumah yang rapat dan cuaca berangin.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09