Penjenayah Amat Dikehendaki Mati Ditembak Polis

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berkaitan beberapa kes samun bersenjata, mati ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Jalan Reko, Kajang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, hasil risikan polis mendapati suspek lelaki dikenali sebagai 'Sasi' itu sedang memandu sebuah kereta Honda Odyssey di Jalan Reko sebelum sepasukan polis tiba untuk menangkap suspek.

Read more...

Tiada Cukai Pengeluaran Wang Skim Persaraan Swasta Selepas Umur 55 Tahun

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang cukai terhadap pengeluaran wang Skim Persaraan Swasta (PRS) selepas mencapai umur persaraan 55 tahun.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cukai pegangan sebanyak lapan peratus hanya dikenakan sekiranya pengeluaran dibuat sebelum umur 55 tahun dan ia bertujuan mengekang kecenderungan pencarum mengeluarkan simpanan mereka sebelum tiba tempohnya.

Pengenalan PRS yang berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2012 adalah untuk menggalakkan tabungan di kalangan rakyat selepas umur persaraan.

Oleh itu, pengeluaran awal sebelum mencapai umur persaraan 55 tahun akan menyebabkan objektif asal untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai tabungan mencukupi ketika bersara tidak dapat dicapai, katanya kepada pemberita.

Barangan Tiruan Lebih RM7 Juta Dirampas Sehingga Oktober

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas barangan tiruan bernilai RM7,127,032 daripada 671 tindakan kes yang diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tempoh Januari-Oktober tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah memberitahu Dewan Negara, barangan yang dirampas itu termasuk rokok, arak, ubat-ubatan, barangan makanan, pakaian dan barangan keperluan diri.

Kementerian sentiasa berusaha dan memberi perhatian serius bagi membanteras penjualan barangan tiruan di pasaran, katanya menjawab soalan Senator Rohani Abdullah di Dewan Negara.

Read more...

Kelantan Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Gelombang Kedua

KOTA BHARU, 18 Disember - Jabatan dan agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana banjir di Kelantan sudah bersiap-sedia menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir dan yang seterusnya yang diramal berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kelantan Datuk Makhtar Mustapha, antara persediaan yang dibuat termasuk mengenal pasti 729 pusat pemindahan sementara serta menyediakan stok barangan keperluan.

Dalam gelombang pertama banjir, seramai 3,718 mangsa dari 1,165 buah keluarga khasnya di jajahan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Machang terbabit.

 

 

Ops Cantas Kejayaan PDRM Kurangkan Jenayah Berat Di Negara Ini

KUALA LUMPUR, 18 Disember - Operasi Cantas atau Ops Cantas cetusan idea Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan penjenayah dan anggota kongsi gelap, berjaya mengurangkan jenayah kekerasan seperti bunuh dan cubaan bunuh menggunakan senjata api di negara ini.

Biarpun baru tujuh bulan menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 17 Mei lalu menggantikan Tan Sri Ismail Omar, Tan Sri Khalid dan pasukannya sehingga November lepas berjaya menahan 36,316 orang dan merampas 951 senjata api.

Malah pada persidangan Dewan Rakyat 20 Nov lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jenayah kekerasan itu menurun hampir 23 peratus daripada 187 kes kepada 144 kes dalam tempoh 96 hari Ops Cantas dijalankan.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09