Siasat Dakwaan Soros Biaya Bersih, Malaysiakini - Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, katanya apa yang perlu dipersoalkan ialah penglibatan pihak luar ke atas politik negara.

"Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah jika benar pun melibatkan pihak luar, apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

 

Sumber : BERNAMA

Perdana Menteri Tiba Untuk Lawatan Rasmi Enam Hari di China

BEIJING, 31 Oktober - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada hari ini untuk lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.

Pesawat yang membawa Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini pada 12.30 tengah hari waktu tempatan, sama waktu seperti di Malaysia.

Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah disambut Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Liu Zhen Min dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya serta isteri Datin Fairos Ishak.

Lawatan atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang itu, merupakan yang ketiga oleh Datuk Seri Najib sejak 2009.

Read more...

Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSA Ditutup Mulai Hari Ini

JOHOR BAHRU, 28 Oktober - Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang lazimnya sibuk, pagi ini lengang dan sunyi, selepas operasi dan perkhidmatannya dihentikan sementara.

Jabatan tersebut merupakan sebahagian daripada bangunan induk HSA, yang diarahkan tutup sementara secara berperingkat mulai semalam.

"Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah ditutup sehingga diberitahu. Sekiranya ada kecemasan, sila ke klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran," menurut satu notis yang ditampal di hadapan jabatan itu.

Read more...

Produk Ubi Kayu Jadi Daya Penarik Program Jualan Terus Dari Ladang FAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Program Jualan Terus Dari Ladang kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) edisi ke-10 hari ini mengetengahkan juadah makanan berasaskan ubi kayu sebagai daya penarik kepada pengunjung yang hadir.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Datuk Sharifah Hashim berkata antara juadah yang dijual adalah ubi kayu rebus dengan pencicah terdiri daripada kelapa parut, ikan masin, sambal ikan bilis dan sambal hijau; ubi kayu goreng biasa atau sambal; tapai ubi kayu; ubi getuk; bingka; ubi kayu sira dan kerepek.

"Keistimewaan program kali ini adalah juadah berasaskan ubi kayu yang pasti menggamit memori silam dalam kalangan pengunjung selain mempromosikan juadah tersebut kepada generasi muda yang tidak tahu akan keenakannya.

Read more...

Sebanyak 434,535 Calon Duduki SPM 2016 Mulai 7 November

PUTRAJAYA, 28 Oktober - Sebanyak 434,535 calon mendaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian berkenaan memaklumkan peperiksaan bertulis SPM 2016 akan berlangsung mulai 7 November hingga 6 Disember ini.

Sebanyak 3,732 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan tersebut dan sebanyak 32,220 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar mengikut jadual.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09