Malaysia Bercadang Menganggotai IOM - TPM Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 31 Oktober - Malaysia bercadang mengganggotai Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM) untuk menjalin kerjasama strategik khususnya dalam mengendalikan migran Syria di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu dibincangkan ketika kunjungan hormat Ketua Pengarah IOM William Lacy Swing di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini.

"Malaysia boleh memperoleh banyak faedah daripada kerjasama strategik ini. IOM juga boleh membantu Malaysia di dalam mengendalikan migran Syria yang telah dan akan tiba di Malaysia ekoran daripada konflik di negara tersebut," katanya.

Read more...

Warga Asing Hidap Tibi 'Lesap' Punca Penyakit Itu Menular – Hilmi

KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Warga asing yang 'lesap' selepas dikesan dijangkiti tuberkulosis atau batuk kering menjadi antara punca penyakit itu menular di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya, mereka menghilangkan diri kerana takut dihantar pulang ke negara masing-masing setelah Kementerian Kesihatan membuat laporan mengenai penyakit yang dijangkti mereka kepada Jabatan Imigresen.

"Sepanjang tahun lalu, 12.3 peratus daripada kes tibi di negara ini melibatkan warga asing," katanya menjawab soalan tambahan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) mengenai kaitan antara warga asing dan kes tibi, pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Apabila mereka menghilangkan diri, mereka akan menjangkiti orang lain yang berada di sekeliling mereka juga. Ini masalah yang kita hadapi," kata Datuk Seri Dr Hilmi.

Read more...

59 Kilang di Kawasan Perindustrian Nilai Diarah Sedia Laporan Pemantauan Kendiri

SEREMBAN, 31 Oktober - Sebanyak 59 kilang di kawasan perindustrian Nilai, dekat sini diminta menyediakan laporan Pemantauan Kendiri secara berkala kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, bagi tujuan pemantauan.

Pengarah JAS Negeri Sembilan Norhazni Mat Sani berkata ia adalah bagi memastikan kesemua kilang industri sederhana dan ringan di situ mematuhi standard mengikut Akta Kualiti Sekeliling 1974 dan peraturan di bawahnya.

"Kita arahkan semua kilang itu menyediakan laporan tersebut walaupun ada antaranya tidak membuat pelepasan industri ketika beroperasi.

"Daripada 59 kilang itu, hanya 14 kilang ada membuat pelepasan industry iaitu 12 ke Sungai Buah manakala dua lagi ke Sungai Batang Benar. Setakat ini belum ditemui pelepasan melebihi tahap keselamatan yang mengakibatkan pencemaran. 

Read more...

SPRM Tahan Lebih 1,000 Pegawai Kerajaan, GLC Setakat September

KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 1,037 pegawai kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berikutan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram antara tahun 2014 sehingga September lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, mereka terdiri daripada 225 penjawat awam dan dua dari GLC yang ditahan pada 2014; 398 penjawat awam dan tujuh pegawai GLC (2015) serta 388 penjawat awam dan 17 pegawai GLC ditahan bagi tempoh Januari sehingga September lepas.

"Jumlah nilai suapan yang dirampas dan dibekukan pada 2014 adalah sebanyak RM113,436,354.80; 2015 (RM30,782,280.29) dan sehingga September 2016 jumlah yang telah dirampas dan dibekukan adalah RM27,554,652.31," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Read more...

Sambutan Lang Merah di Stadium Darul Aman Esok

ALOR SETAR, 31 Oktober - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengadakan sambutan bagi menyambut kepulangan wira-wira Lang Merah yang berjaya menjulang Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, petang esok.

Setiausaha Kehormatnya Datuk Aminuddin Omar berkata sambutan itu diadakan bagi memberi peluang kepada penyokong Hijau Kuning untuk melihat sendiri Piala Malaysia yang berjaya dibawa pulang ke negeri Jelapang Padi itu.

"Majlis sambutan akan diadakan sebaik pasukan Lang Merah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kira-kira pukul 3.30 petang.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09