Laporan Lengkap Tren Kargo Tergelincir di Batu Gajah Selepas 14 Hari

KUALA LUMPUR, 1 November - Laporan lengkap insiden tren kargo tergelincir di Km200.332 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah, Perak Jumaat lepas akan diketahui dalam tempoh 14 hari, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyiasat punca kejadian sama ada kerana kecuaian manusia atau kelemahan teknikal.

"Kejadian kereta api tergelincir ini jarang berlaku. Dalam kejadian di Batu Gajah ini, ia (tren kargo) mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) kerana hendak masuk ke tempat penyelenggaraan.

"Dalam konteks ini, saya yakin selepas 14 hari (daripada tarikh kejadian) akan terungkai segalanya," katanya pada sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Read more...

Ahmad Zahid Hadiri Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah di Singapura

SINGAPURA, 1 November - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk menghadiri Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah.

Ketibaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid di Hotel Pan Pacific di sini, venue bagi dialog selama dua hari bermula semalam, disambut Ketua Pusat Penyelidikan Keganasan Politik dan Keganasan Antarabangsa (ICPVTR) Dr Rohan Gunaratna.

Datuk Seri DrAhmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri merupakan seorang daripada penceramah utama pada dialog itu dengan beliau akan berkongsi pentas dengan Setiausaha Negara Parlimen di Kementerian Dalam Negeri Jerman Dr Gunter Krings MdB.

Read more...

Wanita Malaysia Ditahan Bawa Dadah Dalam Botol Mineral

JAKARTA, 1 November - Polis Indonesia berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan menggunakan air dalam botol mineral.

Modus operandi sindiket itu terbongkar apabila pihak berkuasa menahan lima anggota sindiket terbabit termasuk seorang wanita warganegara Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 13 dan 14 Oktober lepas.

Media dalam talian hari ini memetik Timbalan Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Risnanto sebagai berkata pihak kastam di lapangan terbang pada mulanya menahan seorang wanita rakyat Malaysia pada 13 Okt lepas apabila mendapati dia dalam keadaan mencurigakan.

Read more...

Malaysia Kerjasama Dengan China Dalam Pendidikan Subjek STEM

BEIJING, 1 November - Malaysia akan bekerjasama dengan China bagi mengukuhkan mata pelajaran Sains, Teknoloji, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kementeriannya telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pendidikan China mengenai inisiatif STEM itu.

Selain itu, katanya, kerjasama tersebut juga melibatkan pelaksanaan teknoloji maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sebahagian daripada inisiatif STEM.

Read more...

Rumpai Laut Merah Tidak Beracun, Mungkin Dibawa Ombak Ketika Musim Tengkujuh

KUALA NERUS, 31 Oktober - Rumpai laut merah yang dijumpai di sekitar Pantai Kampung Tanjung Gelam di sini disahkan tidak beracun dan berkemungkinan dibawa ombak kuat ketika musim tengkujuh.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Siti Aisyah Abdullah bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kulit supaya tidak memegang rumpai berkenaan.

Katanya, fenomena itu bukanlah suatu perkara baharu kerana ia pernah hadir di Pantai Merang, Setiu pada 2003, namun hilang begitu sahaja.

"Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit tidak payahlah usik, mungkin akan ada terasa gatal. Ia juga akan berbau busuk kerana ia semakin terurai dan belum sempat kering kerana hujan.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09