75 Peratus Graduan dari 15 Kolej Vokasional Rintis Mendapat Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 2 November - Sebanyak 75-peratus graduan dari 15 Kolej Vokasional rintis mendapat pekerjaan mengikut bidang dalam tempoh sebulan selepas graduasi, setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan berkata, ia menunjukkan lepasan kolej vokasional mendapat pengiktirafan daripada kalangan pemain industri.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau memberitahu, lepasan kolej vokasional ini juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat universiti  melalui Akreditasi Pengalaman Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia itu adalah berdasarkan minimum 2 tahun pengalaman bekerja.

 

Sumber:RTM

China Pelabur Sektor Perkilangan Kedua Terbesar – PM

BEIJING, 1 November - China merupakan pelabur kedua terbesar Malaysia dalam sektor perkilangan, dengan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dalam 20 projek perkilangan yang diluluskan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, China terlibat dalam menyokong beberapa projek perdana, yang akan memainkan peranan besar dalam transformasi Malaysia kepada status negara berpendapatan tinggi dan melepasinya.

Antara lain, Malaysia juga berbangga menjadi lokasi pilihan beberapa syarikat besar China seperti China Machinery Import and Export Corporation, Alliance Steel, Sinohydro Corporation Ltd, Comtech Solar International dan Longi.

Read more...

Hanya Empat Lebuh Raya Berhak Naikkan Tol Tahun Depan - Fadillah

KUALA LUMPUR, 1 November - Hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

"Anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat hari ini.

Lim ingin tahu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya yang akan menaikkan tol tahun depan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan sekiranya tol tidak dinaikkan.

Read more...

MyBrain15: Lebih 54,000 Penuntut Dapat Tajaan

KUALA LUMPUR, 1 November - Setakat 30 September lepas, kerajaan menerusi Program MyBrain15 menaja 54,035 penuntut dengan perbelanjaan RM800.2 juta untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD), Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program MyBrain15 akan diteruskan dengan pembiayaan sebanyak RM500 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

"Sehingga kini, bilangan pemegang PhD dalam negara melebihi 23,000 orang," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang ingin tahu mengenai program MyBrain15 yang menyasarkan 60,000 pemegang biasiswa bagi pemegang PhD menjelang 2023, apakah pencapaiannya dan adakah program ini akan diteruskan pada masa depan.

Read more...

Pelaburan China di Malaysia Dijangka Terus Meningkat, Kata Najib

BEIJING, 1 November - Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tahun lepas, China melabur US$2 bilion (RM8.4 bilion) di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.

"China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak US$100 bilion," katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju Industri China di sini pada Selasa.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09