PAC Mahu DBKL Tambah Baik Pengurusan Lesen Iklan, Papan Tanda

KUALA LUMPUR, 2 November  -  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah baik pengurusan lesen iklan dan papan tanda di ibu negara termasuk memastikan kontrak penswastaan dibuat secara terbuka supaya lebih telus kepada kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata sistem maklumat bagi Pengurusan Lesen Iklan/Papan Tanda Di Kuala Lumpur juga wajar diperkemaskan dan dipertingkat bagi mengatasi kelemahan berbangkit.

"Adalah lebih wajar sekiranya Unit Audit Dalam (DBKL) melapor kepada peringkat yang lebih tinggi seperti Lembaga Penasihat DBKL berbanding struktur sedia ada iaitu kepada Datuk Bandar. Ini bagi mengelakkan isu tadbir urus dan percanggahan kepentingan berlaku di DBKL.

Read more...

Pusat Sains Negara Sabah Akan Berkonsepkan Dimensi Kelima

KUALA LUMPUR, 2 November  -  Pusat Sains Negara (PSN) di Sabah akan berkonsepkan dimensi kelima (dalam alam semesta) selari trend terkini PSN di seluruh dunia, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata konsep itu bertujuan meningkatkan penglibatan dan penyertaan pengunjung yang boleh memberi kesan kepada pembentukan minda dan golongan celik sains.

Read more...

Datuk Seri Najib Lawat Gu'an New Industry City

BEIJING, 2 November ,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gu'an New Industry City, sebuah bandar raya industri berasaskan inovasi.

Bekas kawasan pertanian di wilayah Gu'an itu, yang terletak kira-kira 50km ke selatan Beijing, dimajukan oleh China Fortune Land Development Co Ltd (CFLD) sejak 2002 sebagai hab pembangunan industri yang berfokuskan kepada lima kelompok industri.

Kelompok berkenaan membabitkan aeroangkasa, perkilangan perkakasan mewah, e-dagang dan industri perkhidmatan moden.

Read more...

Kerajaan Kerugian RM10.5 Juta Ekoran Kes Penyelewengan LPG

KUALA LUMPUR, 2 November -  Kerajaan mengalami kerugian kira-kira  RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong berkata ia berdasarkan nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan LPG di seluruh negara.

Read more...

MH370: Analisis Tambahan Komunikasi Satelit Pesawat Selaras Dengan Lokasi Pesawat

KUALA LUMPUR, 2 November - Laporan terbaharu berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 melaporkan  analisis tambahan komunikasi satelit dari pesawat selaras dengan lokasi pesawat berada di kedudukan tinggi dan meluncur laju apabila pesawat hilang.

Laporan itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, ATSB, hari ini, menjelang mesyuarat tiga hari dihadiri pakar-pakar antarabangsa di Canberra.

Analisis sama ke atas serpihan sayap flaperon juga mendedahkan pesawat itu tidak dikemudi untuk pendaratan.

Kedua-dua maklumat berkenaan menyokong pandangan ATSB sebelum ini bahawa pesawat MH370 itu turun mendadak selepas kehabisan bahan api tanpa campur tangan manusia.

Laporan setebal 28 muka surat itu turut mengandungi analisis penerbangan akhir dan simulasi baharu pesawat. Mesyuarat juga tertumpu untuk merangka operasi baharu untuk mencari pesawat MH370, selain mengkaji semula kesemua data dan membuat analisis berkaitan.

Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebahagian sayap dikenali sebagai flaperon ditemukan terdampar di Pulau Reunion, Perancis pada Julai tahun lalu.

Operasi pencarian dasar laut disambung semula Oktober lalu setelah dihentikan Jun lalu akibat cuaca buruk. Kawasan pencarian merangkumi 120 ribu kilometer persegi sekitar selatan, Lautan Hindi.

 

Sumber: RTM

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09