Pegawai di Daerah Sabah Perlu Main Peranan Wujudkan Aktiviti Tarik Pelancong

TAMBUNAN, 3 November - Semua pegawai daerah di Sabah diharap dapat memainkan peranan dalam melaksanakan usaha mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik kehadiran pelancong ke negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata ini kerana kehadiran pelancong akan memberi pendapatan dan hasil kepada para peniaga dan pengusaha sekali gus dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan dan menyokong serta memberi apa sahaja bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti bagi menarik lebih ramai pelancong.

Read more...

Belum Ada Keputusan Untuk Pembangunan Projek Loji Janakuasa Nuklear

KUALA LUMPUR, 3 November - Kerajaan masih belum  membuat keputusan untuk pembangunan projek loji janakuasa nuklear di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri berkata, sasaran untuk loji janakuasa nuklear berkenaan beroperasi pada tahun 2021 telah dianjak; mengambil kira perkembangan dan sentimen semasa di dalam dan luar negara.

Read more...

Ada kemungkinan Kongres Amerika Syarikat Ratifikasikan TPP

BEIJING, 3 November - Terdapat kemungkinan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan diratifikasikan oleh Kongres Amerika Syarikat  sama ada pada akhir November atau awal Disember tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kita diberikan gambaran ada kemungkinan perkara ini diluluskan oleh Kongres.

"Ini disampaikan melalui komunikasi yang sering disalurkan," katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, pada Rabu, sebelum berlepas ke Cebu, Filipina untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Read more...

Kerajaan Selangor Hargai Komitmen Kementerian Sumber Asli Tangani Pencemaran Sungai

SHAH ALAM, 2 November - Kerajaan Selangor merakamkan penghargaan atas sokongan dan komitmen diberikan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam menangani isu pencemaran sungai yang berlaku di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Elizabeth Wong berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang pertama kali diadakan itu amat penting dalam menangani isu pencemaran secara lebih menyeluruh memandangkan ia turut melibatkan beberapa negeri lain.

"Kita (kerajaan negeri) sukar nak kawal isu pencemaran air ini, jadi langkah bekerjasama dengan kementerian adalah penting dan mereka boleh melihat secara lebih teliti kerana isu sama turut melibatkan negeri-negeri lain.

 

Sumber:Bernama

                

Pembunuhan Atas Perbezaan Agama Perbuatan Tidak Bertamadun

KUALA KLAWANG, 2 November - Pembunuhan kerana perbezaan agama adalah perbuatan orang-orang yang tidak bertamadun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata semua pihak perlu menyatuni kepelbagaian agama, bangsa dan budaya untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat dapat dipelihara.

"Islam mengajar kita menyatuni semua manusia bahkan termasuk haiwan, alam dan sebagainya walaupun kita berbeza akidah, bangsa, budaya, bahasa dan etnik.

Read more...

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09