Pemeriksaan Keselamatan Blok Barat HSA dijangka Selesai dalam 3 Minggu

KUALA LUMPUR, 3 November - Pemeriksaan keselamatan blok barat bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dijangka selesai dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata proses pemeriksaan keselamatan blok itu, yang telah bermula minggu ini, sedang dilakukan oleh Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan.

"Mereka telah melantik beberapa pakar perunding swasta dan sedang membuat pemeriksaan tahap keselamatan blok barat (juga dikenali Blok D) dari segi keselamatan elektrik, gas biologikal, perkakasan elektrik dan keselamatan struktur.

Read more...

Kerajaan Belum Lulus Vaksin Denggi Kerana Tidak Cukup Maklumat

KUALA LUMPUR, 3 November - Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan di Malaysia kerana tiada maklumat mengenai keberkesanannya kepada pesakit berusia 18 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata vaksin itu hanya diketahui berkesan bagi pesakit berusia antara 9 hingga 18 tahun, sedangkan kes denggi di negara ini banyak melibatkan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.

"Satu jawatankuasa pakar masih lagi mengkaji penggunaan vaksin itu bagi merawat pesakit demam denggi di negara ini kerana vaksin itu tidak boleh dikatakan menunaikan segala keperluan untuk menjadi satu vaksin optimum, ada beberapa kekurangan dalam vaksin itu.

"Dalam kajian yang dilakukan, keberkesanannya diketahui bagi umur di antara 9 hingga 18 tahun sahaja, maknanya tiada maklumat keberkesanan vaksin selepas usia 18 tahun, kita tidak ada jawapan untuk itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 

Sumber:Bernama

SKMM Turut Siasat Dana Asing Libatkan Portal Media

KUALA LUMPUR, 3 November - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat aduan berhubung penyaluran dana asing kepada portal berita tertentu dengan niat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata laporan tersebut akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung ancaman itu dan siasatan terperinci perlu dibuat dengan meneliti pelbagai sumber media baharu sebelum ia diserah kepada Peguam Negara.

Read more...

KPDNKK Perlu Teliti Cadangan Mekanisme Penetapan Harga Minyak Masak

PUTRAJAYA, 3 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak.

Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meneliti cadangan mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak itu demi kesejahteraan rakyat.

"Itu cadangan yang harus diteliti dengan baik oleh pihak KPDNKK dan bukan sahaja daripada NGO (badan bukan kerajaan) malah maklum balas daripada media dan orang ramai juga boleh diguna pakai," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Read more...

Polis Siasat Dakwaan Portal Berita Ditaja Dana Asing

KUALA LUMPUR, 3 November - Polis Diraja Malaysia menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat sebuah portal berita tempatan yang dipercayai menerima dana yang ditaja jutawan asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan khas itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata pasukan itu terdiri daripada lima anggota polis yang akan mengumpul maklumat dan menyiasat perkara tersebut.

 

Sumber: Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09