Polis Tahan Juruteknik Kilang, Pembantu Jurukimpal Cuba Sertai Daesh di Syria

KUALA LUMPUR, 4 November - Dua lelaki, masing-masing bekerja sebagai juruteknik kilang dan pembantu jurukimpal dipercayai merancang untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria, ditahan pada 30 Okt lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas mereka diusir oleh pihak berkuasa Turki semasa dalam perjalanan untuk menyusup masuk ke Syria.

"Juruteknik kilang berusia 29 tahun berasal dari Johor manakala rakannya, pembantu jurukimpal berumur 24 tahun dan berasal dari Sarawak. Kedua-dua mereka disyaki direkrut oleh Muhammad Wanndy Mohamad Jedi untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Read more...

Latih Amal Tsunami Esok di Putatan, Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengadakan latih amal tsunami di Putatan, Sabah esok.               

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, latih amal itu merupakan langkah kerajaan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi pengurusan bencana dan masyarakat dalam menghadapi bencana tsunami.

"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak panik dan terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang mungkin disebarkan melalui media social berkaitan dengan latih amal ini," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi MetMalaysia di talian 03-79678066 atau talian hotline 1-300-221638.

               

Sumber ;BERNAMA

Pihak Berkuasa Diminta Sekat Segera Laman Web Tawar Iklan Seks

KUALA LUMPUR, 4 November - Kewujudan sebuah laman web yang mengiklankan perkhidmatan dan jualan barangan, dikesan turut menyelitkan iklan khidmat seks kepada komuniti di negara ini, perlu segera disekat.

Tinjauan Bernama di laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mendapati ia mengandungi puluhan ribu gambar lucah termasuk melibatkan warga tempatan yang dapat diakses dengan mudah.

Menerusi laman web itu, para pengiklan seks didapati memuat naik gambar termasuk gambar bogel dengan pelbagai aksi dipercayai untuk menarik pelanggan serta turut memberi maklumat peribadi termasuk nombor telefon dan alamat e-mel untuk dihubungi.

Read more...

Masyarakat Perlu Ambil Manfaat Daripada Penubuhan UMK

JELI, 4 November - Golongan petani, peniaga dan usahawan perlu mengambil manfaat daripada kewujudan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi memajukan bidang yang mereka usahakan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, mereka digalakkan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, teknologi moden dan inovasiyang disediakan oleh universiti itu dalam usaha membangunkan kehidupan masyarakat yang maju.

"Kami (UMK) menyediakan pendekatan yang berbeza dalam kerjasama dengan masyarakat mengikut perkembangan semasa bagi memastikan manfaat dapat dikongsikan bersama melalui pakar-pakar kami dalam pelbagai bidang," katanya.

Tan Sri Hamad Kama Piah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Expo Pertanian 2016 di UMK Kampus Jeli di sini, malam tadi.

Read more...