Bekas Polis Ditahan Menyamar Polis dan Peras Ugut

GEORGE TOWN, 4 November - Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang peniaga diperas ugut sehingga RM20,000 oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, di sini 25 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di George Town kira-kira 1 tengah hari semalam.

"Berdasarkan siasatan, bekas anggota polis yang pernah bertugas di Pulau Pinang itu merupakan anggota kumpulan yang sama dengan lima lelaki yang kami tahan sebelum ini. Mereka dipercayai aktif sejak tahun lepas.

Read more...

Permata Seni Berminat Wujud Program Pertukaran Dengan China - Rosmah

BEIJING, 4 November - Permata Seni berminat untuk mewujudkan program pertukaran dengan Central Conservatory of Music Middle School, sekolah muzik tersohor China, yang berjaya melahirkan ramai ahli muzik terkenal China.

Penaung Permata Negara Datin Seri Rosmah Mansor berkata Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan ditugaskan untuk berbincang dengan sekolah tersebut berkenaan program yang dicadangkan itu.

Rosmah, yang mengiringi suami beliau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke China sejak Isnin, melawat sekolah itu pada Rabu lepas.

Read more...

36,263 Calon Duduki Peperiksaan SPM di Sarawak Tahun Ini

KUCHING, 4 November - Seramai 36,263 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Sarawak yang diadakan serentak di seluruh negara dari 7 Nov hingga 6 Dis.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, 32,971 daripada calon itu atau 90.92 peratus adalah dari sekolah bantuan kerajaan manakala 1,473 orang atau 4.06 peratus merupakan calon sekolah swasta dan baki 1,819 atau 5.02 peratus adalah calon persendirian.

"Kesemua calon ini akan menduduki SPM di 257 pusat peperiksaan iaitu di 231 pusat sekolah menengah kerajaan, 12 pusat sekolah menengah swasta dan 14 pusat persendirian di seluruh negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Read more...

Pemilik Pasar Raya Didakwa Simpan Minyak Masak

GEORGE TOWN, 4 November - Seorang pemilik sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan  menyimpan minyak masak sebanyak 320 kilogram dan memasarkan secara runcit barang kawalan itu tanpa lesen, minggu lepas.

 Bagi pertuduhan pertama, Soo Jin Yin, 31, didakwa sebagai pemilik tunggal perniagaan Sun Mart didapati menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 320 kilogram di premis selain daripada premis yang dibenarkan untuk penyimpanan minyak masak.

Untuk pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki minyak masak berkenaan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah di bawah peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan kawalan Bekalan 1974 di mana telah berurusan secara runcit terhadap barang kawalan tersebut tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4, peraturan yang sama.

Read more...