Mayat Anak Kapal MT Doha Warga Jepun Ditemukan

ALOR GAJAH, 31 Oktober - Mayat seorang anak kapal MT Doha warga Jepun yang dilaporkan terjatuh dari kapalnya pada 23 Okt lepas ditemukan terapung pada tengah hari semalam di Sungai Ayam dekat Batu Pahat, Johor.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru menerima laporan daripada Feri Pelican pada 12.30 tengah hari semalam yang menjumpai satu mayat lengkap berpakaian terapung lima batu nautika dari Sungai Ayam.

"Sebuah bot dari Pangkalan Maritim Batu Pahat telah digerakkan ke lokasi berkenaan berdasarkan maklumat tersebut, kemudian mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Read more...

Sambungan Jajaran LRT Rekodkan Peningkatan Hampir 18,000 Pengguna Sehari

KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Pembukaan Projek Penyambungan Jajaran bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) telah membawa peningkatan purata pengguna harian sebanyak 17,986 sehingga Ogos lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany berkata, sebahagian besar peningkatan itu membabitkan laluan Kelana Jaya yang meliputi laluan Putra Height ke Gombak iaitu sebanyak 15,404 pengguna setiap hari.

"Bagi laluan Ampang yang meliputi laluan Putra Heights, Sentul Timur dan Ampang pula peningkatan purata jumlah pengguna harian yang dicatatkan adalah sebanyak 2,582," katanya.

Read more...

Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia 74.7 Tahun Pada 2016 - Jabatan Perangkaan

PUTRAJAYA, 31 Oktober - Jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia terus meningkat berbanding sedekad lalu iaitu mencecah 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 tahun pada 2000.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya hari ini berkata, pada 2016, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijangka boleh hidup selama 72.6 tahun, meningkat 0.7 tahun berbanding 71.9 tahun pada 2010.

Bayi perempuan yang baru lahir pula dijangka boleh hidup selama 77.2 tahun, meningkat 0.6 tahun berbanding 76.6 tahun bagi tempoh yang sama.

Read more...

Kementerian Pendidikan Mohon RM479.36 Juta Naik Taraf Pendawaian Elektrik Sekolah

KUALA LUMPUR, 31 Oktober - Kementerian Pendidikan memohon sebanyak RM479.36 juta daripada kerajaan bagi menaik taraf sistem pendawaian elektrik untuk 2,086 sekolah seluruh negara yang mempunyai sistem pendawaian melebihi 20tahun.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata peruntukan itu dipohon melalui 'Rolling Plan 2', yang dilakukan secara berfasa, untuk diluluskan sebelum dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020).

"Kementerian Pendidikan sedar tentang risiko yang dihadapi oleh sekolah akibat sistem pendawaian elektrik yang telah menjangkau melebihi 20 tahun.

Read more...