Kanak-kanak lelaki mati lemas di Taman Tema Air Batu Pahat

JOHOR BAHRU, 1 November - Kegembiraan seorang bapa menyambut cuti Deepavali bersama-sama keluarganya bertukar pilu apabila anak lelakinya ditemukan lemas di sebuah kolam di taman tema air di Parit Bilal, Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata, kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan mandi-manda selepas kira-kira 20 minit mendaftar masuk ke taman tema itu pada 3.30 petang.

"S. Rishither, 6, ditemukan lemas oleh bapanya S. Surentharan di sebuah kolam renang yang mempunyai kedalaman lima kaki, tidak jauh dari tempat keluarganya mandi-manda pada 3.50 petang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Read more...

Dua Cedera Bas Persiaran Langgar Belakang Lori di Tapah

TAPAH, 1 November - Dua cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan lori tangki di Kilometer 330, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 5.30 pagi itu, seorang penumpang wanita dikenali sebagai Wan Nor Amni Wan Din, 22, dan pemandu kedua bas, Nur Azmi Mohd Nor, 50, mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw berkata, Wan Nor Amni tidak sedarkan diri selepas cedera parah pada bahagian kepala, manakala Nur Azmicedera pada bahagian kaki dan tulang rusuk.

Read more...

Anggota Parlimen Bagan Serai Dilantik Pengerusi Baharu LLM

BAGAN SERAI, 1 November - Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang baharu berkuat kuasa 12 Oktober lepas hingga 11 Oktober 2018.

Dr Noor Azmi menggantikan Anggota Parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah yang tamat tempoh lantikan. 

Pegawai khas kepada Dr Noor Azmi, Azman Ghazali mengesahkan pelantikan itu di sini hari ini. 

 

Sumber : BERNAMA

Tukang Rumah Dituduh Bunuh Bakal Abang Ipar

KUALA TERENGGANU, 1 November - Seorang tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh bakal abang iparnya Oktober lepas.

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 29, dituduh membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, di tempat letak kereta hadapan pejabat agama Kompleks Seri Iman pada 11.39 pagi, 16 Okt lepas.

Mohd Hafiz didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Read more...