Judi: 12 Individu Ditahan, Nilai Rampasan Cecah RM200,000

NILAI, 1 November - Seramai 12 individu ditahan dalam satu operasi banteras judi haram bersepadu ke atas enam premis perjudian yang dijalankan Polis Daerah Nilai bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), hari ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata daripada jumlah itu, tujuh daripadanya adalah warga asing manakala baki adalah rakyat tempatan yang kesemuanya dianggarkan berusia antara 20-an hingga 40-an.

Beliau berkata, operasi yang membabitkan seramai 32 anggota termasuk daripada TNB dan MPN itu juga turut merampas 29 buah mesin simulator judi dan tujuh mesin ikan, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM200,000.

Read more...

Polis Tahan Tiga Pemuda, Rampas 381 Pil Kuda Bernilai RM6,680

MACHANG, 1 November - Polis menahan tiga pemuda dan merampas sejumlah 381 biji pil kuda (methamphetamine) bernilai RM6,680 dalam Op Bersepadu di  jajahan ini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Dzulkifli Abdul Ghani berkata, penahanan tiga suspek itu dilakukan secara berasingan dalam operasi yang bermula 2 petang hingga 8 malam.

"Tangkapan pertama dilakukan di Pulai Chondong melibatkan seorang pemuda berumur 28 tahun dan merampas sejumlah 88 biji pil kuda yang dianggarkanbernilai RM1,780 yang disimpan di dalam poket seluarnya," katanya pada sidangakhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini, hari ini.

Read more...

KPDNKK Sepang Rampas Minyak Masak Disorok di Pasar Raya Mini

PUTRAJAYA, 1 November - Bertindak atas maklumat orang awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang semalam menyita bekalan minyak masak yang disorok sebuah pasar raya mini di Taman Putra Perdana, Puchong.

Ketua Cawangan KPDNKK Daerah Sepang Mohamad Ziyad Kamaludin berkata, operasi yang dijalankan pada 3.15 petang semalam oleh empat anggota penguatkuasa KPNDKK menemui 61 botol minyak masak bersaiz 5kg dan 388 kampit minyak masak bersaiz 1kg di pasar raya berkenaan.

"Ini berbeza dengan jumlah stok yang diisytiharkan pihak pasar raya itu iaitu sebanyak empat kotak (17 kg)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Read more...

Bayi Perempuan Baru Lahir Dijumpai di Senai

JOHOR BAHRU, 1 November - Seorang bayi perempuan dipercayai baharu lahir dijumpai di dalam sebuah longkang, di belakang sebuah rumah di Taman Jaya Sepakat, Senai, dekat Kulai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata, bayi itu, yang dijumpai dalam keadaan lemah dan agak kebiruan pada pukul 4.30 petang itu, masih bertali pusat dan masih berdarah.

"Bayi perempuan itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan dan pemeriksaan. Bayi seberat 2.9 kilogram itu kini dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dipercayai dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Read more...