12 Buah Rumah Musnah Dalam Banjir Kilat di Port Dickson

SEREMBAN, 3 November -  Sebanyak 12 buah rumah di Taman Negeri Baru, Port Dickson dinaiki air sedalam 0.17 meter akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu awal pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson berkata banjir kilat itu berlaku akibat daripada hujan lebat malam tadi menyebabkan air dari saluran perparitan melimpah keluar.

"Kawasan itu setakat ini tiada apa yang membimbangkan dan pihak kami akan terus memantau...penduduk di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan perparitan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebanyak 12 buah keluarga terjejas dan setakat ini tiada pemindahan dibuat dan keadaan masih terkawal, katanya.

               

Sumber: Bernama

Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 3 November -  Angin kencang timur-timur laut berkelajuan 40 hingga  50km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan yang sama dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan Reef South.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

Sumber: Bernama

Keunikan Alam Semula Jadi Tarikan Utama Pelancongan Perlis

MANILA, 3 November - Keunikan alam semula jadi, hidupan liar, ungags serta primat yang terdapat di Perlis seharusnya dieksploitasi penggiat industry pelancongan untuk menarik pelancong melawat Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selain keistimewaan itu, cuaca di Perlis adalah unik kerana pertembungan khatulistiwa dan tropika menjadi 'khatulpica' iaitu suhu panas dan nyaman.

"Taman Negeri Perlis seluas 5,000 hektar dalam kawasan batu kapur atau Banjaran Nakawan yang terdapat Gua Wang Burma berusia lebih 500 tahun menambah keunikan Perlis," titah baginda.

Read more...

Datin Seri Rosmah Lawat Pusat Konservatori Muzik Terkenal DI China

BEIJING, 3 November - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat pusat konservatori muzik yang terkenal, 'Central Conservatory of Music Middle School' di sini yang melahirkan ramai pemuzik China yang masyhur.      

Ditubuhkan pada 1957, ia adalah sekolah muzik yang utama di China, menyediakan pemuzik berbakat untuk mewakili negara itu ke luar negara dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Antaranya adalah Guo Chang, Lu Siqing, Huang Bin dan Lang Lang, yang berjaya menggondol pelbagai anugerah dan kejuaraan dalam beberapa kejohanan muzik peringkat antarabangsa yang utama.

Read more...