Sarang Dadah di Bukit Malut Digempur Polis, 95 Orang Ditangkap

LANGKAWI, 3 November - Kawasan Bukit Malut di Langkawi terus digempur polis dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah, dan dalam satu operasi terbaharunya, 95 orang pengedar dan penagih berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata sembilan daripada yang ditangkap itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

"Sebanyak 105 gram heroin berjaya dirampas daripada mereka yang disyaki menjadi pengedar dalam operasi yang berlangsung selama empat hari itu," katanya pada sidang media di sini.

Read more...

Rumah Rentung Ketika Pemilik Keluar Mencari Kerja

KUALA TERENGGANU, 3 November - Walaupun hasrat seorang suri rumah ingin mencari kerja terkubur, namun niatnya itu telah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran selepas rumahnya rentung pagi tadi.

Shelawati Abu Bakar, 31, keluar dari rumahnya di kampung Pulau Rusa pada pukul 8.15 pagi untuk menyerahkan borang permohonan kerja di sebuah kedai serbaneka di Chabang Tiga di sini.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan kira-kira 15 minit kemudian, dia mendapat panggilan daripada jirannya memaklumkan kejadian yang menyebabkan hampir 90 peratus rumahnya hangus terbakar.

Read more...

Kurang Elemen "Pecah Panggung" Punca Filem Tempatan Gagal Tembusi Pasaran Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 3 November - Kurangnya elemen 'pecah panggung'  dikatakan punca kepada kebanyakan filem tempatan gagal memasuki pasaran antarabangsa, kata Naib Presiden Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) Syed Zulkifli Syed Masir.

Biarpun banyak filem ditayangkan berjaya mencatat kutipan jualan tiket memberangsangkan, namun ia masih gagal menarik minat penonton luar terutama dari rantau ASEAN, katanya.

Beliau berkata ia satu kerugian jika dibandingkan dengan pelbagai filem dari negara serantau seperti Thailand dan Indonesia yang mendapat sambutan cukup baik di negara ini apabila ditayangkan.

Read more...

Ibu Bapa perlu Bijak Tanggani Tekanan Elak Anak Jadi Mangsa Dera

KUALA LUMPUR, 3 November - Ibubapa harus bijak mengawal tekanan bagi mengelakkan anak-anak daripada didera dan dibuli.

Demikian pandangan Pensyarah Psikologi Pendidikan Kanak-kanak Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor.

Menurut beliau,  tekanan yang berpunca daripada ketidaktentuan hidup menyebabkan ramai ibu bapa melepaskannya kepada anak-anak.

Read more...