Polis Sarawak Tahan 82 Lagi Individu Terlibat Aktiviti Judi

KUCHING, 7 November - Polis Sarawak melakar satu lagi kejayaan dalam usahanya membanteras aktiviti perjudian di negeri ini apabila menahan 82 lagi individu minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata, penahanan itu dibuat dalam 29 serbuan yang dijalankan oleh JSJ daerah dan negeri terhadap loteri haram, perjudian dalam talian dan sabung ayamantara 31 Okt dan semalam.

Beliau berkata, wang tunai berjumlah RM16,277 turut dirampas dalam serbuan itu serta pelbagai barangan seperti 72 buah komputer, tablet dan mesin ikan.

Read more...

Terapi Senaman Semakin Diterima di Malaysia

KUALA LUMPUR,  7 November - Terapi Senaman semakin diterima dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah juga bagi merawat empat penyakit tidak berjangkit utama (NCD), kata pakar terapi senaman, Dr Lee Chee Peng.

Beliau berkata, terapi itu mempunyai potensi sebagai perubatan alternative kepada perubatan konvensional dalam mencegah NCD seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan "dyslipidemia" melalui preskripsi terapi senaman yang betul.

"Terapi senaman didapati menghasilkan banyak perubahan positif kepada tubuh badan manusia jika dilaksanakan dalam dos yang betul. Rawatan ini didapati berkesan menerusi kajian rintis dan kajian lebih 10 tahun," katanya kepada Bernama.

Read more...

98 Sekolah di Negeri Sembilan Dikenal Pasti Untuk Penyelenggaraan Pendawaian

SEREMBAN, 7 November - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengenal pasti 98 sekolah menengah dan rendah yang berusia lebih 20 tahun di negeri ini untuk penyelenggaraan pendawaian.

Pengarahnya Rusni Ab. Jalil berkata, pihaknya telah memohon peruntukan sebanyak RM26 juta untuk tujuan itu kepada Kementerian Pendidikan dan kini sedang menunggu kelulusan.

"Ia melibatkan 28 sekolah di Seremban, Port Dickson (20), Jempol (19), Rembau (14), Tampin (13) dan empat sekolah di Kuala Pilah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui ketika membuat tinjauan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah di sini, hari ini.

Read more...

Enam Calon Duduki SPM di Tiga Hospital di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 7 November - Enam daripada 20,528 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu hari ini menduduki peperiksaan itu di tiga hospital di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman berkata empat calon menduduki SPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan masing-masing seorang calon di Hospital Dungun dan Hospital Hulu Terengganu.

Bazlan yang diiringi pegawai Jabatan Pendidikan Terengganu hari ini berkesempatan melawat calon-calon berkenaan di HSNZ sebelum peperiksaan itu bermula.

Read more...