PAFA Akan Buat Rayuan Berhubung Hukuman Tiga Perlawanan Tanpa Penonton

IPOH, 4 November - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat rayuan susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengarahkan skuad seladang itu bermain pada tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri.

Keputusan itu dibuat ekoran penyokong The Bos Gaurus bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, 6 Ogos lalu.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata pihaknya akan membuat rayuan pada masa yang dibenarkan dengan mengemukakan beberapa bukti memandangkan hukuman yang dikenakan itu agak berat.

 

Sumber: Bernama