100 Belia Terpilih Bagi Program 1 Belia 1 Pengadil

KUALA LUMPUR, 4 November - Seramai 100 belia terpilih bagi Program 1 Belia 1 Pengadil. Program tersebut bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang pengadilan bertauliah melibatkan sukan bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

Menurut Presiden Majlis Belia Malaysia MBM, Muamar Ghadafi Jamal Jamaluddin memberitahu kursus asas kepengadilan sukan bakal bermula dengan negeri sembilan 4 hingga 6 november ini kerjasama Kementerian belia dan sukan.

Kursus tersebut melibatkan pengetahuan undang-undang setiap sukan, latihan amali, praktikal dan ujian bertulis.

program itu juga diharap membantu peserta dari sudut nilai tambah untuk menjadi pengadil bertauliah yang diperlukan setiap persatuan negeri atau kelab yang menganjur pertandingan.

Beliau ditemui di PWTC sempena penutupan Majlis Perundingan Belia Negara.  

 

Sumber : RTM