Khairy Benarkan Penganjuran ACC 2018

KUALA LUMPUR, 4 November - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamalludin membenarkan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 di Malaysia yang dibida oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia PKBM.

Beliau telah menerima permohonan PKBM dan akui tiada masalah penganjuran mengenai kejohanan yang mengikut akta pembangunan sukan 1997.

Setiap persatuan-persatuan sukan di seluruh negara harus mengikut akta tersebut bagi sebarang penganjuran kejohanan antarabangsa di Malaysia dengan mendapat persetujuan dari Kementerian Belia dan Sukan terdahulu.

Beliau ditemui pada sidang media sempena Majlis Perundingan Belia Negara kali ke- 4 penggal ke-30 untuk tahun 2015-2016 serta Majlis pelancaran 'Program 1 Belia 1 Pengadil' di PWTC .

 

Sumber : RTM