Pengurus MU didenda 58 Ribu Pound

LONDON, 3 November - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho didenda 58-ribu Pound, serta dikenakan larangan berada di tepi padang untuk satu perlawanan kerana mengeluarkan kata-kata yang 'tidak bijak'.

Kenyataan Persatuan Bola Sepak England menjelaskan, Mourinho didenda 58-ribu Pound kerana kenyataan yang dibuat kepada media berhubung pemilihan pengadil perlawanan di antara MU dengan Liverpool pada 17-Oktober.

Manakala larangan berada di tepi padang dikenakan, selepas Mourinho mengakui mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai pertandingan semasa pertemuan MU dengan Burnley pada 30-Oktober.