PAFA Akan Buat Rayuan Berhubung Hukuman Tiga Perlawanan Tanpa Penonton

IPOH, 4 November - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat rayuan susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengarahkan skuad seladang itu bermain pada tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri.

Keputusan itu dibuat ekoran penyokong The Bos Gaurus bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, 6 Ogos lalu.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata pihaknya akan membuat rayuan pada masa yang dibenarkan dengan mengemukakan beberapa bukti memandangkan hukuman yang dikenakan itu agak berat.

 

Sumber: Bernama

100 Belia Terpilih Bagi Program 1 Belia 1 Pengadil

KUALA LUMPUR, 4 November - Seramai 100 belia terpilih bagi Program 1 Belia 1 Pengadil. Program tersebut bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang pengadilan bertauliah melibatkan sukan bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.

Menurut Presiden Majlis Belia Malaysia MBM, Muamar Ghadafi Jamal Jamaluddin memberitahu kursus asas kepengadilan sukan bakal bermula dengan negeri sembilan 4 hingga 6 november ini kerjasama Kementerian belia dan sukan.

Kursus tersebut melibatkan pengetahuan undang-undang setiap sukan, latihan amali, praktikal dan ujian bertulis.

Read more...

Khairy Benarkan Penganjuran ACC 2018

KUALA LUMPUR, 4 November - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamalludin membenarkan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 di Malaysia yang dibida oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia PKBM.

Beliau telah menerima permohonan PKBM dan akui tiada masalah penganjuran mengenai kejohanan yang mengikut akta pembangunan sukan 1997.

Setiap persatuan-persatuan sukan di seluruh negara harus mengikut akta tersebut bagi sebarang penganjuran kejohanan antarabangsa di Malaysia dengan mendapat persetujuan dari Kementerian Belia dan Sukan terdahulu.

Read more...