Saham FGV Meningkat Hasil Rancangan Teroka Peluang Perniagaan Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 3 November - Saham -saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pagi ini susulan pengumuman syarikat itu untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di Indonesia.

Pada 9.33 pagi, kaunter syarikat itu meningkat empat sen kepada RM1.86, dengan 7.04 juta saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, FGV berkata rancangan itu termasuk memasarkan bahan penamanan anak-anak syarikat, selain produk berkaitan pertanian, termasuk baja.

FGV berkata unitnya, Felda Agricultural Services Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PT. Mitra Agro Servindo bagi menjalin usaha sama untuk meneroka peluang berkenaan.

 

Sumber: Bernama