Eksport Produk Tani Malaysia ke EU Meningkat Setelah Pengeluar Penuhi Peraturan

ROTTERDAM (Netherlands), 7 November - Permintaan produk pertanian Malaysia di negara Kesatuan Eropah (EU) semakin meningkat setelah pengeluarnya berjaya memenuhi peraturan yang ditetapkan.

Kaunselor Pertanian Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague (PPP The Hague) Mohd Yusmizam Yahya berkata, EU menetapkan peraturan yang ketat, namun pengeluar produk pertanian Malaysia telah memenuhi peraturan tersebut. Ini boleh dilihat berdasarkan permintaan dan eksport semasa produk Malaysia ke Eropah.

Beliau ditemui pada hari terakhir 'Minggu Malaysia', program promosi produk pertanian Malaysia di pasar raya Asia, Wah Nam Hong di Markthal di sini.

Read more...

Jumlah Dagangan Malaysia Januari-September Bernilai RM1.077 Trilion

KUALA LUMPUR, 4 November - Jumlah dagangan Malaysia dalam tempoh Januari hingga September 2016 meningkat 0.6 peratus kepada RM1.077 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2015, disokong oleh eksport barangan perkilangan dan pertanian.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata Malaysia turut mencatat lebihan dagangan sebanyak RM59.77 bilion berbanding RM60.93 bilion dalam tempoh yang sama pada 2015.

"Dalam tempoh itu, eksport meningkat 0.5 peratus atau RM2.58 bilion kepada RM568.36 bilion manakala import meningkat 0.7 peratus atau RM3.75 bilion kepada RM508.59 bilion.

Read more...

KWSP Perkenal Akaun Emas Bagi Ahli Berumur 55 Tahun ke Atas

KUALA LUMPUR, 4 November - Bermula 1 Januari 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan dana persaraan kedua iaitu Akaun Emas untuk ahli berumur 55 tahun dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata akaun tersebut merupakan antara inisiatif di bawah penambahbaikan skim yang terkandung di dalam Akta KWSP 1991. 

Semua caruman baru yang diterima selepas umur 55 tahun akan secara automatik dimasukkan ke dalam akaun emas dan akan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

Read more...