30 Maut Serangan Udara AS di Kunduz

KUNDUZ, 4 November - Serangan udara Amerika Syarikat di Afghanistan yang menyasarkan puak Taliban sebaliknya membunuh sekurang-kurangnya 30 orang awam yang tidak berdosa. 

Amerika melancarkan serangan di utara wilayah Kunduz yang bergolak selepas serangan Taliban yang menyebabkan dua askarnya mati. Serangan balas Amerika itu lantas mencetuskan tunjuk perasaan di bandar Kunduz.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menerusi kenyataan dalam laman Twitter mendakwa serangan udara tersebut dilakukan oleh pesawat tentera Amerika sebagai tindakan mempertahankan diri.

Jurucakap kanan misi NATO Brigadier Jeneral Charles Cleveland menegaskan pihaknya memandang serius terhadap semua dakwaan membabitkan kematian orang awam. 

NATO memberi jaminan akan membantu Afghanistan menyiasat insiden itu.

 

Sumber : RTM