Kanada Sedia Jalin Kerjasama Dengan Presiden Baharu Amerika Syarikat

MONTREAL, 4 November - Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengakui bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana bakal Presiden baharu Amerika Syarikat.

Dalam masa sama, beliau menjangkakan akan ada 'penyesuaian' dalam hubungan bersama negara jiran selatannya itu selepas pilihan raya presiden Amerika beberapa hari lagi.

Pilihan raya Presiden Amerika menemukan antara calon Demokrat Hillary Clinton dengan Donald Trump daripada Republikan.

 

Sumber : RTM