Sepanyol Bentuk Kabinet Baharu

MADRID, 4 November - Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy membentuk kabinet baharu negara itu yang dilihat berupaya mengekalkan pembaharuan ekonomi dan mengukuhkan hubungan negara itu bersama Kesatuan Eropah.

Dalam rombakan tersebut, Rajoy mengekalkan jawatan timbalannya yang disandang Soraya Saenz de Santamaria dan beberapa menteri lagi.

Manakala enam menteri baharu dilantik antaranya jawatan Menteri Luar. Jose Manuel Garcia Margallo digantikan dengan Alfonso Dastis yang ketika ini merupakan wakil tetap Sepanyol ke EU.

 

Sumber : RTM