Ahli Politik Pembangkang di Sudan Ditahan Berhubung Kenaikan Harga Minyak

KHARTOUM, 7 November - Agen keselamatan Sudan menahan beberapa ahli politik pembangkang dalam tempoh dua hari bagi menghalang bantahan berhubung keputusan Khartoum manaikkan harga minyak.

Perkhidmatan Keselamatan dan Risikan Kebangsaan menahan timbalan ketua Parti Kongres Sudan, Khaled Omar, di rumahnya di Khartoum.

Omar ditahan selepas menyampaikan ceramah, mengkritik kenaikkan harga petrol dan diesel kepada 30 peratus.

Tiga lagi anggota parti itu turut ditahan.

Empat Kanak-Kanak Terbunuh di Luar Bandar Damsyik

SYRIA, 7 November  - Empat kanak-kanak terbunuh di luar bandar wilayah Damsyik, Syria semalam.

Kejadian berlaku selepas serangan udara tentera kerajaan terhadap pemberontak tersasar dan mengenai pusat jagaan kanak-kanak.  

Media tempatan melaporkan, serangan dilakukan tentera kerajaan namun tersasar. Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Harasta, wilayah timur luar bandar Damsyik. 

Video yang dikeluarkan Pertubuhan Berita Smart, menunjukan, lantai pusat jagaan kanak-kanak itu dipenuhi darah mangsa.

Read more...

30 Maut Serangan Udara AS di Kunduz

KUNDUZ, 4 November - Serangan udara Amerika Syarikat di Afghanistan yang menyasarkan puak Taliban sebaliknya membunuh sekurang-kurangnya 30 orang awam yang tidak berdosa. 

Amerika melancarkan serangan di utara wilayah Kunduz yang bergolak selepas serangan Taliban yang menyebabkan dua askarnya mati. Serangan balas Amerika itu lantas mencetuskan tunjuk perasaan di bandar Kunduz.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menerusi kenyataan dalam laman Twitter mendakwa serangan udara tersebut dilakukan oleh pesawat tentera Amerika sebagai tindakan mempertahankan diri.

Read more...