Pelaburan Malaysia di London Meningkat

LONDON, 4 Julai - Pelaburan Malaysia di United Kingdom (UK) menunjukkan peningkatan apabila syarikat-syarikat negara, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, membuat pelaburan dalam hartanah selain membeli bangunan di London.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pelabur kedua terbesar di London akan menjadi peserta utama dalam pembangunan hartanah di bandar raya metropolitan itu.

Beliau berkata, antara syarikat yang menunjukkan minat untuk melabur di bandar raya itu ialah MARA yang kini meninjau beberapa hartanah di London dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan dana yang besar, melihat peluang untuk melabur.

Katanya, kuota bagi syarikat Malaysia dalam projek pangsapuri Battersea Power Station, dekat sini telah direbut oleh syarikat Malaysia dan lebih banyak lagi syarikat dari Malaysia yang membeli hartanah di bandar raya tersebut. Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi soal jawab dengan media Britain selepas pengumuman rasmi Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) kesembilan di Greater London Authority City Hall.

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09