Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Kepada Umum Akhir Februari

GEORGE TOWN, 12 Disember - Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

Beliau berkata, pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan.

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam. Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09