PM Harap Lawatan Kerja Ke Jepun Eratkan Hubungan Dua Hala

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lawatan kerja beliau ke Tokyo, Jepun akan mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua buah negara.

Beliau berlepas ke Tokyo malam tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.

"Sidang ini membawa pengertian yang besar terutamanya dalam memperingati pengukuhan hubungan dua hala bersama Jepun. Besar harapan saya agar lawatan kali ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan baik kedua-dua buah negara," katanya dalam entri terbaharu di laman Facebook beliau.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan persidangan ke-32 Persatuan Ekonimi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca).

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09