Calon SPM P.Pinang Hadapi Banjir di Beberapa Tempat

GEORGE TOWN, 7 November - Hanya selepas seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang sehingga menjejaskan aktiviti seharian pendudukya, negeri ini masih tidak terlepas daripada bencana alam ini walaupun pada hari pertama pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memburukkan lagi keadaan, ialah berlakunya tanah runtuh dan sebahagian jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dengan pusat bandar George Town runtuh, mengakibatkan beratus pengguna lalu lintas terperangkap di kedua-dua arah.

Sebelas pelajar yang mengambil peperiksaan hari ini di Teluk Bahang yang terkandas telah diletakkan di sekolah berhampiran bagi memastikan mereka mengambil peperiksaan mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shaari Osman ketika dihubungi Bernama berkata pada masa ini keadaan adalah terkawal dan mampu dikendalikan jabatan itu.

"Paras air di beberapa tempat di sekitar negeri ini termasuk Sungai Pinang sedang meningkat dan kami mempunyai pelan alternatif untuk dilaksanakan jika keadaan semakin buruk," katanya.

 

Sumber: Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09