PULAU PINANG, 7 November - Penduduk Teluk Bahang kini terperangkap apabila sebahagian jalan utama yang menghubungi kawasan itu ke pusat bandar runtuh awal pagi ini ekoran hujan lebat.
Menurut saksi runtuhan itu berlaku pada 5.30 pagi ini dan pihak berkuasa termasuk dari pasukan Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian.
Selain bahagian yang runtuh itu retakan juga dapat dilihat pada jalan yang terlibat
Pihak polis telah menutup jalan itu dan semua kenderaan diarah berpatah balik.
Sumber: Bernama