Kerajaan Belum Lulus Vaksin Denggi Kerana Tidak Cukup Maklumat

KUALA LUMPUR, 3 November - Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan di Malaysia kerana tiada maklumat mengenai keberkesanannya kepada pesakit berusia 18 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata vaksin itu hanya diketahui berkesan bagi pesakit berusia antara 9 hingga 18 tahun, sedangkan kes denggi di negara ini banyak melibatkan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.

"Satu jawatankuasa pakar masih lagi mengkaji penggunaan vaksin itu bagi merawat pesakit demam denggi di negara ini kerana vaksin itu tidak boleh dikatakan menunaikan segala keperluan untuk menjadi satu vaksin optimum, ada beberapa kekurangan dalam vaksin itu.

"Dalam kajian yang dilakukan, keberkesanannya diketahui bagi umur di antara 9 hingga 18 tahun sahaja, maknanya tiada maklumat keberkesanan vaksin selepas usia 18 tahun, kita tidak ada jawapan untuk itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 

Sumber:Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09