Pegawai di Daerah Sabah Perlu Main Peranan Wujudkan Aktiviti Tarik Pelancong

TAMBUNAN, 3 November - Semua pegawai daerah di Sabah diharap dapat memainkan peranan dalam melaksanakan usaha mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik kehadiran pelancong ke negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata ini kerana kehadiran pelancong akan memberi pendapatan dan hasil kepada para peniaga dan pengusaha sekali gus dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan dan menyokong serta memberi apa sahaja bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti bagi menarik lebih ramai pelancong.

"Dengan adanya tarikan itu, pelancong akan datang dan sudah tentu memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya para peniaga, pengusaha hotel, restoran dan teksi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat Rumah Anak Yatim Tambunan di sini bagi meninjau dan melihat sendiri pengubahsuaian di rumah anak yatim berkenaan yang mengalami sedikit kerosakan.

"Saya bersyukur (rumah anak yatim ini) dibaiki dan penghuni yang tinggal di sini semua berasa selesa," katanya.

 

Sumber: Bernama

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09