Belum Ada Keputusan Untuk Pembangunan Projek Loji Janakuasa Nuklear

KUALA LUMPUR, 3 November - Kerajaan masih belum  membuat keputusan untuk pembangunan projek loji janakuasa nuklear di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri berkata, sasaran untuk loji janakuasa nuklear berkenaan beroperasi pada tahun 2021 telah dianjak; mengambil kira perkembangan dan sentimen semasa di dalam dan luar negara.

Ini termasuk kejadian Tsunami pada Mac 2011 terhadap program janakuasa nuklear Jepun.

Beliau menjelaskan, berdasarkan kajian kemungkinan yang dijalankan -- projek janakuasa nuklear di Malaysia akan hanya dapat beroperasi selepas tahun 2030; tertakluk kepada kelulusan Rang Undang-undang Kawal Selia Tenaga Atom yang baharu dan komprehensif.

Beliau bercakap demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 

Sumber: RTM

Waktu Solat Kuala Lumpur

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
05.30 05.40 06.56 13.00 16.21 18.58 20.09